Assalamualaikum semua,Alhamdullilah setiap kali hati Kak Sue teringat nak jumpa Adik anak bongsu Kak Sue tu,pasti Allah mudahkan jalan..Kadang niat dihati nak jumpa,tapi risau menganggu pelajaran Adik,ditambah pulak dengan undang-undang sekolah yang tidak membenarkan ibu bapa kerap bertandang..Kak Sue diamkan dan tabahkan hati saja..Yelah kalau kerap sangat berjumpa nanti lain pula jadinya,tapi mereka tetap memberi kelonggaran seandainya ada perkara penting atau masalah yang lain yang perlu ibu bapa datang ke sekolah..
Kebetulan hari nie Abang Man ada delivery order ke Shah Alam,jadi Kak Sue pun cecepat bagi tahu boleh tak nak hantar jubah dan kopiah Adik untuk buat ganti..alasan sangat kan,padahal dalam hati tu kalau boleh nak jumpa Adik sangat..Abang Man yang memang dah faham dengan perasaan seorang ibu yang tengah merindu mengiyakan saja,sambil ingatkan Kak Sue,sekejap aja boleh lah..Rasa kembang kempis dah dada rasa seronok nak jumpa anak yang sentiasa Kak Sue rindu..Alhamdullilah Ya Allah..
Betullah kata orang...doa ibu kadang kita tak lafaz hanya dengan niat sahaja pun Allah dengar..Allah dengar doa rindu Ibu kepada anak kecilnya yang seorang ini..Terima kasih Allah,semoga Adik dan semua anak-anak disana sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah..aamiin ya rabb..love you sayang!
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️