Assalamaualaikum,hai semua..Hari nie Tok Eton dah boleh keluar dari Hospital Sungai Buluh.Alhamdullilah Tok Eton tak ada masalah kesihatan yang kronik cuma mungkin kekurangan air dan tenaga yang membuatkan Tok terpaksa di masukkan wad semalam.Kelam kabut juga bila Tok Eton tak respond apa pun bila dipanggil semalam.Tok Eton nie nenek saudara Abang Man yang tinggal berdekatan rumah Kak Sue cuma blok aja berlainan.Dah jadi tanggungjawab Abang Man sesekali menziarah bertanya khabar Tok Eton bagi pihak keluarga Abang Man..
Alhamdullilah kali nie rumah kami menjadi tempat keluarga besar sebelah Abang man berkumpul sambil ziarah Tok Eton.Keluarga Abang Man minta Tok Eton berehat sekejap kat rumah kami sebelum balik ke rumah anaknya.Tok Eton pun nampak ceria dan dah mula ada selera nak makan..Tok Eton nie walau usia hampir 100 tahun tapi masih terang mata dan kuat untuk mengerjakan puasa sunat tau..Orang dulu-dulu banyak mengamalkan petua tradisional sebab tu mereka sentiasa sihat-sihat dan jarang dapat penyakit yang kronik.Setakat demam biasa atau sakit orang tua aja..
Abang Man dan Kak Sue nak ucapkan,terima kasih kepada semua keluarga dan jiran di kawasan rumah Tok Eton yang ambil berat dan sudi datang melawat Tok Eton.Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian..Kita semua satu hari pun akan tua dan sakit,jadi tak salah kita menolong apa yang patut kan sesama kita..Tak perlu tunggu orang yang akan kita tolong tu ada kena mengena dengan kita,orang luar pun kalau mampu kita tolong wajib kita tolong kan..apatah lah lagi keluarga sendiri..
Kita kena selalu ingat,apa yang kita buat hari nie samada yang baik atau buruk akan mendapat balasan,tak kira di dunia atau di sana nanti.Kita pun akan menjadi contoh teladan kepada anak-anak kita.Sepeti yang pernah kita dengar sebelum nie Jagalah Ibubapamu,Nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu - dari Saidina Ali Bin Abi Talib.Semoga kita dan keluarga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah berbakti kepada orang tua dan keluarga kita yang lain...aamiin ya rabb..

0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️