Promosi Terbaru D'Kayangan BBQ & Grill SteamBoat Shah Alam

D'Kayangan BBQ & Grill Steamboat
Assalamualaikum,hai semua..hari nie Kak Sue singgah D'Kayangan BBQ Steamboat buat kali kedua.Sebelum nie Kak Sue datang masa promosi Buffet Ramadhan.Kali nie Kak Sue singgah nak tahu promosi terbaru D'Kayangan BBQ & Steamboat pula.Sebelum tu pada korang yang tercari-cari kat mana tempat nie,korang boleh waze atau kalau korang tak jumpa juga...sebenarnya D,Kayangan Steamboat nie terletak di bangunan Acapella,Seksyen 13,Shah Alam.Tak jauh pun dari Stadium bola Shah Alam tu okay..Jomlah kita tengok apa promosi terbaru kat sini..

Promosi Terbaru Syok Sunday Family Day

Haaa..nie lah promosi terbaru di D'Kayangan BBQ & Steamboat Syok Sunday Family Day..Kak Sue dan keluarga memang peminat steamboat dan pada korang yang juga suka dengan steamboat atau ada plan nak keluar makan dengan keluarga boleh lah singgah sini pada hujung minggu.Promosi baru nie bermula dari 12 tengahari sehingga 3 petang,tapi hanya pada hari ahad sahaja tau...Untuk harga pula dewasa RM22.90 dan untuk kanak-kanak rm9.90 sahaja..murah sangat dah dengan harga nie dan berbaloi dapat makan macam-macam tau kat sini..
Untuk kali nie D'Kayangan menyediakan makanan berkonsep 2 dalam satu iaitu Steamboat dan BBQ sahaja secara buffet.Sekarang kat sini dah tak sediakan grill dah hokay,tapi macam mana pun kita masih dapat menimati hidangan yang best kat sini.Untuk steamboat kita boleh pilih antara sup ayam atau tom yam.

Kak Sue dan keluarga memang akan pilih tom yam.Mana-mana steamboat kami memang akan pilih tomyam,dan tomyam kat sini memang pekat dan sedap!Memang kena dengan tekak kami sekeluarga..Kat sini juga ada pelbagai pilihan makanan laut,bebola,sayur-sayuran dan aneka mee dengan pelbagai pilihan sos..pilih aja yang mana berkenan..ehehe
Selain Steamboat dan BBQ menu lain pun ada kat sini antaranya Nasi Goreng,Sup Tulang,Sayur Campur,Mee Goreng,Bihun Goreng dan Ayam Masak Merah..Untuk desert pula ada aneka kek,agar-agar,buah-buahan,rojak,ABC,pelbagai jenis ais krim dan juga minuman sejuk dan panas..


Menu Istimewa D'Kayangan 



Menu istimewa kat sini pula ialah Kambing Panggang.Kalau ikut selera Kak Sue memang sedap,kambing pun lembut dengan sos lada hitam yang dimasak sendiri oleh Chef Shahnizam memang sedap!Menu istimewa nie dihidangkan setiap hari tau..rugi kalau tak singgah sini..ehehe..

Bestkan..macam-macam ada kat sin,semua menu sedap-sedap!Untuk hari biasa D'Kayangan dibuka setiap hari isnin hingga ahad bermula 5 petang hingga 1 pagi dengan harga untuk dewasa Rm33.00++,kanak-kanak RM18.00++ sahaja.Kalau korang nak cari tempat makan yang best Kak Sue cadangkan singgah kat sini.Lagi senang kalau korang buat booking awal..datang semua meja dah siap tinggal makan je..ehehe..Untuk info lanjut korang boleh tengok detail kat bawah nie ya..

Facebook
Instagram
Alamat
No 1, Apartment Servis Sri Acapella
Jalan Lompat Tinggi 13/33,Sekseyn 13
Shah Alam Selangor
No Tel
012 297 1091
017 507 6274
03 5523 4979

Terima kasih Dkayangan BBQ & Steamboat...

Post a Comment

21 Comments

  1. Amboiii..kalau SA ni kak...mmg semua SA cuba ni..tp x leh amik portion byk..nanti x abih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah SA Kak Sue pun tak dan nak rasa semua..hihi..

      Delete
  2. fuh! tak jadi nak diet camni hehe

    ReplyDelete
  3. Adoii lapaq plak tgk ni malam malanm, banyak betul pilihan makanan. Bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani nanti weekend datang la sini bawa si kembar tiga tu..ehehe

      Delete
  4. nanti belanja i juga yer kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom lah kita pergi sesama nanti Nani.. :)

      Delete
  5. Replies
    1. Ala SS tak yah diet lah dah cantik langsing.. :)

      Delete
  6. terliur lak lepas singgah entri ni

    ReplyDelete
  7. Syok pakej sunday family tu kak sue...nak bawa abah mama mkn sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Juju,nanti singgah sini tau.. :)

      Delete
  8. Aduhh.... terliur tengok!

    ReplyDelete
  9. suka sgt steamboat tapi lamanya dah tak mkn.. nanti boleh cuba makan kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas pun suka steamboat ya..boleh la datang sini nanti Mas.. :)

      Delete
  10. Sedapnya!! Antara restaurant steamboat yang Bella suka.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️