Selamat Hari Raya AidilAdha 2016

Assalamualaikum, hai semua. Selamat Hari Raya Aidil Adha Kak Sue mohon maaf segala salah silap dan halalkan makan minum kami sekeluarga ya. Tahun nie pertama kali sejak berumahtangga nie Kak Sue beraya kat rumah sendiri, tak dapat nak balik kampung memandang Adik anak bongsu Kak Sue tak dapat bercuti panjang pula kali nie..

Selamat Hari Raya AidilAdha 2016
Selamat Hari Raya AidilAdha 2016

Selamat Hari Raya AidilAdha 2016

Sekarang nie Adik bersekolah asrama di salah sebuah sekolah agama kat area Klang nie. Jadi tak dapat lah nak bercuti lama-lama. Kita redhakan lah, itu lah namanya pengorbanan ye dak. Menu raya kali nie pun ringkas sahaja, yang penting semua anak-anak ada depan mata..

Apapun semoga kita semua dapat menghayati sejarah pergorbanan pada raya kali ini. Sebenarnya kalau cakap pengorbanan nie memang luas. Kak Sue pun bukan lah pandai sangat nak ulas. Apapun Kak Sue nak kongsi doa yang sama kita boleh baca..

Ya Allah ketika kami melakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkan lah kami kekuatan untuk meminta kemaafan, dan manakala orang membuat kesalahan kepada kami dianugerahkan juga kekuatan untuk memberi kemaafan kepada kami.. Aamiin Ya Mujib..

Akhir sekali, Selamat Hari Raya AidilAdha dan semoga Allah menerima segala amalan kita dunia dan akhirat. Aamiin Ya Mujib..

Post a Comment

0 Comments