Selamat Pulang Dan Selamat Bercuti Anak Ibu

AITUW,asrama ATIUW

Adik Cuti Sempena Sambutan AidilAdha

Assalamualaikum,hai semua..Hari yang ditunggu-tunggu oleh Kak Sue sejak beberapa minggu lepas.Adik mula bercuti sempena sambutan Hari Raya AidilAdha selama empat hari.Jadilah kan lepas tu dah kena balik asrama semula.Tak ada cuti penggal kat sekolah Adik nie,kalau ada pun ciput aja..huhuhu...Selamat pulang dan selamat bercuti anak Ibu..seronoknya hati Ibu Allah aja yang maha mengetahui..rindu sangat-sangat nak peluk dan masak untuk Adik..

Malam selepas maghrib kami sekeluarga dah bersiap nak jemput Adik balik dari asrama,mungkin selesai semua urusan selepas Isyak.Alhamdullilah semua barang-barang,Adik dah kemas selapas maghrib tadi jadi urusan semua pun mudah dan cepat.Selesai isi nama,angkat semua barang Adik dan sedikit pesanan dari Ustaz yang mengajar Adik..eh jenuh juga kalau tak ada translater cakap Arab Ustaz tuuu..ehehe..kami pun bergerak balik.Adik pun kemain lagi berkongsi cerita dan bergurau dengan Abang dan Kakak dalam kereta seronok sangat dapat berkumpul sekeluarga...rindu lah tu..

Malam nie memang tidur lenalah Ibu..ehehe..Nanti kita plan nak cuti kemana.Cuti sebanyak empat hari nie pun rasa tak cukup dan mungkin kali nie beraya kat rumah sendiri aja.Risau nanti jamed teruk,penat kat jalan aja,huhuhu.Nak bercuti pun nak kena tengok nak kemana dulu Abang Man memang nak elak tempuh jamed yang terok.Nanti lah kita plan dan fikir pelan-pelan.....papai semua!


Post a Comment

0 Comments