Assalamualaikum,hai semua..hari nie ngam-ngam 10 hari tak jumpa Adik,kira mampu bertahan lebih seminggu la konon..eceh!hahaha..Dari pagi sampai tengahari Kak Sue okay-okay aja,tapi selepas kami sekeluarga dah siap makan di gerai Country Home tempat kegemaran kami tu..Hati Kak Sue teringat-ingat nak melawat Adik sekejap,risau takut stok makanan Adik habis,risau takut Adik tak sihat sebab minggu nie Kak Sue tak dapat bercakap dengan Adik melalui telefon pun..
Ziarah Curi-Curi Lagi..
Berkali-kali mintak izin pada Abang Man..tapi tiada jawapan..senyap sunyi!Mungkin Abang Man pun tengah kuatkan hati,sebab tak mahu kerap sangat melawat Adik.Orang laki nie kadang susah kita nak baca fikiran depa..Kak Sue belum putus asa lagi,cakap lagi dengan Kekasih Hati Kak Sue tu..dan akhirnya Abang Man mengalah seperti biasa.Memahami hati Kak Sue yang sentiasa rindu dan bimbang kalau bab anak-anak..Biasa la kan kita Ibu nie memang over sikit bab anak-anak ..ehehe..Akhirnya selepas asar kami bertolak ke sekolah Adik.Alhamdulliah Adik sihat dan ceria macam selalu.Cuma memang betul lah semua stok makanan Adik habis licin dah.Nasib baik lah kami ada bawa biskut dan kurma sikit untuk Adik.Tak tahu la dapat bertahan untuk dua minggu lagi atau tak,tapi Abang Man ada tinggalkan duit belanja pada warden sekolah.Bukanlah Adik tak cukup makan kat sini,cumanya saja Kak Sue dan Abang Man sediakan makanan tambahan untuk Adik kalau-kalau tak selera nak makan kat sekolah..
Ibu doakan semoga kita sekeluarga sentiasa tabahkan hati dalam perpisahan ini ya,kita berpisah untuk kebaikan dan pilihan Adik sendiri..Semoga Adik sentiasa dalam jagaan Allah kat sana,ditenangkan,diterangkan hati..dipermudahkan semua urusan Adik.Doa dan redha Ibu sentiasa untuk Adik,Abang dan Kakak..aamiin ya rabb..
4 Comments
adik belajar dekat mana kak..adik lelaki..mesti kena kuat..naluri ibu memnag tak boleh pisah dengan anak
ReplyDeleteAdik belajar kat sekolah agama swasta kat Bukit Kapar Klang Nad,itulah..huhuhu..
DeleteLea singgah sini baca cerita menarik dekat sini... Cantik blog.. :)
ReplyDeleteTq Lea,Tq tau sudi singgah :)
DeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️