Assalamualaikum,hai semua.Minggu nie aktiviti outing asrama Adik yang pertama kalinya untuk kami sekeluarga.Kalau anak-anak yang tinggal kat asrama,aktiviti outing nie lah yang ditunggu-tunggu oleh mereka dan keluarga selain aktiviti ziarah.Macam Kak Sue dan keluarga juga,teruja sangat nak jumpa dan peluk Adik nak lepaskan rindu..
Aktiviti Outing Asrama Adik
Aktiviti outing nie,adalah satu aktiviti yang disusun oleh pihak sekolah pada hari yang telah ditetapkan.Pada hari ini semua pelajar dibenarkan untuk berjumpa keluarga dan beriadah luar kawasan asrama dengan waktu yang juga telah ditetapkan iaitu dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang.Jadilah walaupun sekejap aja kan,janji dapat meluangkan masa dengan Adik pun Alhamdullilah.Kira hari nie hari Adik,mana nak pergi,nak buat apa,makan kat mana semua ikut aja kemahuan Adik.Biar Adik seronok dan rehatkan minda hari nie..
Sebelum nie Kak Sue ada tanya mana Adik nak outing,Adik bagi tahu nak jalan-jalan kat Shah Alam aja lah Ibu.Jadi kami sekeluarga bawa Adik makan dan jalan-jalan di Pasar Tani dan Eon Shah Alam aja lah.Seronok Adik dapat jalan-jalan kat luar,cuma tak lama sebab cuaca pun dah berbahang risau takut nanti Adik demam pula..
Dah siap beli apa yang Adik dan Abang nak,kami terus bergerak ke Eon Shah Alam pula.Kebanyakan aktiviti untuk umur Adik tak ada kat sini,jadi kami banyak berbual sambil jalan-jalan cuci mata kat sini.Kesian juga kat Adik,nak ke tempat lain rasa macam tak sempat aja.Baju-baju kotor Adik belum cuci lagi nie,nak tak nak kena balik rumah kejap.Selesaikan dulu mendobi baju dan siapkan stok makanan baru hantar Adik balik ke asrama..
Sambil jalan-jalan kami nampak kedai buku Popular salah satu tempat kesukaan anak-anak Kak Sue.Singgah sekejap layan anak-anak nak beli buku,Adik dan Abang macam biasa lah dengan komik Lawak Kampus,jangan tak tau anak-anak Kak Sue ada koleksi buku nie tau.Semua tersusun kemas,siap ikut nombor lagi.Adik beli buku terbaru Boboiboy nak buat koleksi juga lah tu.Kakak aja tak beli apa-apa buku,tak ada yang berkenan lah tu..
Dari atas Adik nampak permainan sand paper nie(agak-agak aja nama mainan nie..ehehe)Adik kata nak main sand paper lah Ibu,ikutkan ajalah sebab Adik dan Abang memang minat mainan macam nie,warna-warna..kreativiti..selain dari sukan lasak.Ada juga Adik minta nak main skate board tapi rasa tak sesuai pula nak main waktu macam nie.Nak tunggu petang,takut leka pula dah lambat lapur diri nanti
Sebelum balik rumah,kami sekeluarga singgah makan di The Manhanttan dulu.Adik macam biasa la tak habis-habis dengan Spagetti Olio,kami pula order set dan ikan.Nanti Kak Sue kongsikan menu apa kat entri yang lain ya.Siap menjamu selera kami pun terus balik ke rumah selesaikan barang-barang Adik
Rasa macam sekejap betul masa berjalan,tak puas luangkan masa dengan Adik.Tak sabar tunggu aktiviti ziarah Adik pula lepas nie bulan depan.Ibu doakan semoga Adik sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah,sentiasa ditenangkan,ditabahkan dan diterangkan hati.Sayang dan rindu Adik selalu..

2 Comments
Kalau anak duduk asrama ni, mmg hujung minggu habis tengok diaorang jerlah kan Shue....
ReplyDeleteJanji mereka happy...
Seronok anak2 akak selalu jumpa.. ena dulu masa stay hostel kat sekolah, memang syok habis kalau parents datang
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️