Assalamualaikum,hai semua.Kebetulan Adik,anak bongsu Kak Sue bercuti kami keluar makan dan habiskan masa bersama sekeluarga.Memula tu plan nak balik kampung sekejap tapi memandang masa yang singkat tak dapat lah kami nak balik.Selepas makan kami semua sepakat nak layan movie aja hari nie,sementara Abang Man tengah free nie..ambik peluang lah kan..Adik pilih movie Doctor Strange kali nie,katanya cita super hero.Kak Sue pun tak pernah tahu pasal nie,layankan aja lah..
Sinopsis Doctor Strange
Doktor Stephen Strange nie salah seorang ahli bedah saraf terbaik.Kehidupan beliau baik-baik aja sehinggalah berlaku kemalangan yang agak mengerikan dan mengakibatkan saraf tangannya cedera teruk dan asyik mengeletar.Akibat dari kecederaan itu,Doctor Strange tak dapat lagi berkhidmat sebagai doktor dan ini membuatkan beliau berasa sedih dan tertekan..
Doctor Strange menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk menyembuhkan kembali kecederaan tangan beliau.Sehingga lah pada satu hari beliau terjumpa dengan seorang pesakit yang sembuh sepenuhnya dengan bantuan The Ancient One.Setelah berbulan-bulan mencari beliau telah menemui sebuah kuil dan berjumpa The Ancient One..Tapi berjayakah Doktor Strange sembuh seperti sebelumnya??Haaa..yang nie korang kena datang dan tengok sendiri lah kan..ehehe..baru syok sikit
Bagi Kak Sue cerita nie ada banyak pengajarannya...Kadang kita kena juga terima pendapat orang lain,bukan semua pendapat kita betul pun.Sentiasa bersabar serta fokus setiap apa yang kita impikan dan jangan cepat putus asa.Filem nie sesuai untuk seisi keluarga cuma ada babak berlawan-lawan tu biasa la agak ganas sikit kut.Bagi Kak Sue tak ada lah aksi yang melampau..dan Kak Sue bagi lima bintang untuk filem nie..Jangan lupa menonton ya..papai!
2 Comments
singgah
ReplyDeletehttps://belogsjm.blogspot.my/
waaa..
ReplyDeletekak
sue pn layan doktor strange ek.
sy x sempat2 nk singgah.
ramai gak kata best movie ni
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️