Rindu Mak...

RINDU MAK
Assalamualaikum,hai semua..apa khabar,sihat ka?Kak Sue harap semua sihat dan ceria bersama keluarga masing-masing ya.Walaupun dah jadi Ibu dan ada keluarga sendiri kadang Kak Sue rasa macam masih macam zaman bujang dulu.Rasa sangat perlu Mak Kak Sue disisi bila datang ujian kat diri..ecehwah kemahin ayat ya..ehehe..Rindu Mak sangat-sangat..Bila rindu Mak rasa macam tak cukup dengan hanya bercakap di telefon,nak kena balik juga peluk-peluk dan ziarah Mak kita kan..

Minggu nie Kak Sue dan keluarga berpeluang ziarah Mak Kak Sue di kampung,seronoknya bukan main lagi.Ya lah,kali terakhir balik kampung Kak Sue masa sambutan raya Aidilfitri hari tu ja.Orang lain dah berapa kali balik kampung dah kan.Kak Sue belum ada rezeki nak balik,Alhamdullilah kali nie dapat juga balik melepaskan rindu walaupun sekejap..

Kali nie kami sekeluarga balik tanpa Adik,sebab Adik belum mula cuti lagi.Rasa sedih la juga,tapi apa nak buat kan..redha aja lah.Nanti cuti hujung tahun akan cuba bawa Adik balik memandangkan cuti pendek sangat atau bawa Mak yang datang ke rumah kami.Balik pun tak ada bagi tau,konon nak suprise kan Mak..hihihi.Terubat rindu pada Mak...Terima kasih Mak kerana melahirkan orang,orang doakan Mak sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah..Sayang dan rindu Mak selalu...Muahhhh!

Post a Comment

2 Comments

  1. siapa la taksayang mak ye :)
    semoga mak2 kita diberkati dan diberi kesihatan yg baik2. :D

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Shue.....
    Muka sama, cantik dan putih macam mak. Mmg betul betul anak mak ni.

    Shue nampak sangat rapat dengan mak. Shue anak sulung ye?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️