Stadium Shah Alam | Menuju Final Piala Malaysia

stadium shah alam,semi final stadium shah alam
Assalamualikum,hai semua..Alhamdullilah tahun nie Kak Sue dan Abang Man masih diberi peluang untuk berniaga di kiosk Stadium Shah Alam.Untuk kali nie kami diberi peluang untuk berniaga satu game sahaja sebab tahun nie katanya Stadium Shah Alam tak dibuka untuk peniaga baru seperti tahun-tahun sudah.Harap semi final game dan final game kami diberi peluang lagi..


Syarat Baru Stadium Shah Alam

Tahun nie katanya peluang diberi kepada peniaga tahun lepas dengan syarat rekod baik..maksudnya mematuhi syarat yang disediakan oleh pihak stadium.Datang stadium isi borang dan pemilihan akan dibuat oleh pihak stadium.Kemudian tunggu panggilan dari pihak stadium mengatakan kita layak untuk berniaga kali nie,buat bayaran dan boleh datang berniaga seperti biasa

Syarat baru peniaga kiosk untuk tahun ini ada pertambahan sikit,tidak dibenarkan mengunakan beg plastik dan polestrin ketika menjual.Kami pun belum dapat gambaran jelas sangat tentang nie,nanti Kak Sue akan up date lagi ya..Jangan nanti peniaga pulak kena sembur dengan pembeli sebab kalau berniaga dalam stadium nie faham aja lah kan,kadang ada mereka yang sekali beli antara 10-20 cawan air atau burger,macam mana mereka nak bawa tu ye..ehehe..pening juga nie..jangan marah kami ya pembeli semua..

Kami harap tahun nie pengurusan dan sistem pentadbiran di Stadium Shah Alam lebih baik dari sebelumnya.Dan juga harap pemantauan dari pihak stadium kepada peniaga-peniaga 'ranbow' diketatkan seperti tahun-tahun sebelum nie.Semoga dipermudahkan semua urusan semua peniaga kiosk dan juga pihak pengurusan stadium untuk game kali nie..aamiin ya rab!Jumpa disana ya,papai!

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️