Assalamualikum, hai semua! Alhamdullilah walau pun Adik masih tak sihat, dapat juga kami sama-sama luangkan masa untuk hari jadi Adik kali nie. Sanah Helwaj Ustaz Kecik Ibu, Adik hadiah paling bermakna setiap kali bila tiba hari lahir Kak Sue, sebab Adik lahir sehari selepas hari lahir Kak Sue. Menarik kan Allah susun untuk hidup kita. Jadi setiap tahun boleh lah Ibu sambut sekali hari lahir dengan Adik..
Sanah Helwah Ustaz Kecik |
Ustaz Kecik Ibu
Terima kasih Kak Sue ucapkan kepada kawan-kawan dan keluarga yang sudi wish birthday Adik, seronok betul Adik. Kak Sue sekeluarga dijemput ke rumah senior Kak Sue Kak Ina Trimo masa kerja di Scalinis dulu. Bukan setakat sahabat lah sebenarnya, dah macam kakak dan kadang dah macam mak pun ada. Macam satu keluarga dah, walau kami jarang berjumpa dan berhubung hubungan silaturahim yang dah berbelas tahun lamanya tetap erat, sentiasa bila ada masa lapang kami masih terus keep in touch
Terima kasih Kak Ina Trimo dan Kak Bibi atas kejutan makan-makan sempena hari jadi Adik dan Sue. Tak sangka pula siap setting table bagai dengan lilin macam candle light dinner,hihihi.. Hargai sangat Kak, semoga akak-akak sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah ya, love you both Kak..
Menu yang dihidangkan tak pernah tak sedap! Menu utama Spagetti Olio makanan kegemaran Adik, hari-hari masak pun tak apa. Bertambah Adik makan hari nie..
Quiche Lorraine dimasak oleh Kak Bibi dan Kak Ina. Kak Sue first time merasa sejenis tart atau pai yang dimasak dengan cheese, telur dan bayam. Kalau pengemar cheese memang kena cuba nie... sedap tau!
Chocolate Cheese Cake nie Kak Bibi yang buat, Kak Bibi memang hebat kalau tentang kek dan desert.Kak Bibi chef ditempat kerja lama Kak Sue dan kalau korang perasan dan masih ingat Kak Bibi pernah jadi Chef jemputan di Master Chef Astro bebrapa tahun dulu. Sekarang Kak Bibi masih lagi dengan bidang yang sama bersama Kak Ina dengan perniagaan mereka sendiri M'Rimbun Catering.
Terima Kasih kepada Kak Ina, Kak Bibi dan Abang Man yang merancang kejutan pada sambutan hari jadi Kak Sue dan Adik kali nie..bhargai sangat! Pada korang yang nak kejutan hari jadi macam nie atau apa-apa majlis boleh hubungi detail dibawah nie ya..
M;Rimbun Catering
Ina Trimo
No 11,Jalan 2/15,Bukit Indah
68000 Ampang,Selangor
Email
mrimbuncatering@hotmail.com
Tel no
016 9966926
03 62411931
1 Comments
wow... meriahnya makanan... beruntung adik leh makan byk2... selamat hari lahir ustaz kecik... :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️