Maideasy Bantu Mudahkan Kerja Rumah

Assalamualaikum,hai semua!Seronok kan kalau rumah kita sentiasa kemas dan bersih.Kak Sue memang dari kecil diasuhkan supaya rumah sentiasa kemas dan bersih,sedap mata memandang,fikiran pun tenang kan..Cuma kadang tu rasa penat juga nak pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih nie..nak pula ibu-ibu yang bekerjaya kan.Jangan risau korang sekarang nie macam-macam perkhimatan ada untuk memudahkan kerja kita salah satunya Maideasy boleh bantu mudahkan kerja rumah kita.Haaa best kan..
MAIDEASY

Perkhidmatan di Maideasy


Ada empat pilihan perkhimatan di Maideasy,iaitu Basic Home Cleaning,Move In/Out Cleaning,Carpet Cleaning dan Interior Painting.Korang boleh buat pilihan dan buat tempahan waktu dan tarikh yang sesuai.Bantuan khidmat pelanggan pun disediakan dari 9 pagi hingga 5 petang.Lagi satu korang tak perlu rasa risau tentang isu keselamatan sebab Maideasy hanya mengupah pekerja yang boleh dipercayai yang diperiksa latar belakang mereka terlebih dulu dan menyediakan pekerja tempatan.

Sempena cuti sekolah beberapa hari lagi Maideasy menyediakan pakej School Holiday Helper.Jadi korang tak perlu risau kerana dengan pakej ini termasuk perkhimatan membersih rumah serta memantau anak-anak korang pada masa yang sama selama 8 jam.Pakej istimewa nie hanya tersedia sepanjang musim cuti sekolah sahaja dan korang hanya perlu sediakan keperluan anak-anak termasuk makanan dan minuman.Perkhimatan yang melebihi waktu tersebut caj tambahan akan dikenakan RM20/jam.
MAIDEASY

Untuk kali nie Kak Sue pilih pakej Basic Home Cleaning aja,sebab rumah Kak Sue tak banyak yang nak dibuat sangat pun sebab anak-anak pun dah besar tahu tanggungjawab masing-masing dan anak dara pun selalu bantu Kak Sue kan...Cuma sekali sekala nak juga ringankan tugas seharian kita yang 'bekerja' surirumah nie,betul tak?ehehe...

Rumah Kak Sue nie sememangnya banyak habuk,selalu lap pun masih banyak habuk.Itu aja masalah besar kat rumah nie.Jadi hari nie nak minta pembantu dari Maideasy lap dan mop rumah Kak Sue bagi bersih-bersih!

MAIDEASY




Kak Sue dibantu oleh Kak Radiah dan Kak Sue memilih seisi sebelah pagi.Senang kan buat sebelah pagi nie,dah siap kemas rumah petang boleh santai-santai dengan keluarga.Dari segi peralatan mengemas rumah korang boleh sediakan siap-siap kerana pihak Maideasy tidak menyediakan peralatan tau..nanti mereka datang boleh terus buat kerja

Nanti pembantu dari Maideasy akan tanya apa yang perlu dibuat dulu,kita cuma bagi tahu aja nanti mereka akan terus buat sehingga kerja selesai.Selain mop lantai dan kerja membersih kat rumah Kak Sue Kak Radiah juga mencuci bilik air dan dapur.
MAIDEASY

Pada korang yang rasa tak sempat dan keletihan nak kemas rumah atau ada yang nak guna perkhidmatan lain yang tersenarai boleh cuba dengan Maideasy nie,sesekali apa salahnya kan.Harga pun sangat berpatutan.Boleh buat booking online atau muat turun di Playstore.Untuk detail lanjut korang tengok kat bawah nie ya...Terima kasih Maideasy!


MAIDEASY
Web
Facebook
Instagram
Operasi 9am - 5pm (daily)
(Tutup pada cuti umum)




Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih Normi...rumah simple aja :)

      Delete
  2. Rasa macam nak try jugak lah. Boleh mintak dia cucikan tingkap kan? Malas betul bab lap tingkap ngan sliding door semua hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aja Nani..memang pun,bab paling malas kan..hihi.. ;)

      Delete
  3. kan..senang ada maideasy..boleh buat kerja lain

    ReplyDelete
  4. Selalu jugak panggil maid dtg rumah. Bolehla lepas ni guna maideasy as back up

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️