Adik Dah Cuti Sekolah

atiuw

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie hari yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga.Adik dah cuti sekolah..!Tak sabar tunggu hari nie,ibu bapa dibenarkan jemput semua pelajar selepas isyak.Anak orang lain dah mula cuti,Adik anak Kak Sue yang bongsu baru mula cuti hari nie Alhamdullilah..akhirnya..


Daftar Keluar dan Terima Buku Laporan


Selesai solat isyak semua pelajar perlu daftar keluar secara onnline dan ibubapa terima buku laporan pelajar dan ulasan dari ustaz masing-masing.Alhamdullilah Adik cemerlang dan perlu tekankan pada pembetulan tajwid.Kira Adik sampai lah target yang pihak sekolah mahukan..bangga Ibu Nak..keep it up!

Semua pelajar dibenarkan bercuti selama seminggu sahaja,dan perlu mendaftar balik ke sekolah pada minggu depan.Macam tak cukup aja cuti kan,huhuhu..Kami sekeluarga dah plan cuti beberapa bulan sebelum nie,harap Adik seronok lah nanti.Masa yang terhad memang kena susun dengan baik,harap semua berjalan dengan lancar dan dimudahkan semua urusan..aamiin ya rabb..!




Post a Comment

3 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️