Jom Balik Kampung

jom balik kampung

Assalamualaikum,hai semua!Jom balik kampung...!Harap hari nie jalan semua lancar dan dipermudahkan semua.Dalam dua,tiga hari lepas Kak Sue baca kawan-kawan yang kongsi di facebook jalan sesak teruk..tersekat berjam-jam lamanya.Lemah betul kalau sesak macam tu kan..penat,yang memandu lagi penat kan..


Jalan Sesak


Sampai aja kat Behrang jalan dah mula sesak,nasib baik bukan jalan menghala utara,tapi jalan menghala ke selatan.Bertabah la semua kawan-kawan yang nak balik arah selatan ya,trafik memang agak perlahan nampaknya.Biasa la kalau sebelah utara dan laluan Kak Sue balik kampung hot spot jalan sesak di Slim River sampai Tapah,kemudian dari Ipoh sampai Kamunting..kadang rasa tak tahan dah..

Sekarang nie tak payah tunggu musim perayaan,cuti hujung minggu atau cuti sekolah pun dah boleh buatkan sesak lebuhraya semua arah..Kita kena pandai rancang perjalanan kita kan..Selamat balik ke kampung atau yang bercuti,semoga selamat pergi dan balik ke destinasi masing-masing ya..aamiin ya rabb..Ingatlah orang tersayang..


Post a Comment

7 Comments

  1. wahh besntnya balik kg.. selamat bercuti akak

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum kak sue , yana singgah sini .. alhamdulilah kak sue dan keluarga selamat sampai ke destinasi =)

    ReplyDelete
  3. Selamat balik kampung dan bercuti..
    AM pula cuti je jejalan je kerja..
    tmpat tinggal dan kampung adalah sama sahaja bagi AM..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  4. haah betul kak sue, bukan musim perayaan pun sesak jgk. sama dgn kelantan. kalau musim perayaan, memang jem teruk laa jwbnya

    ReplyDelete
  5. musim cuti sekolah kan...

    ReplyDelete
  6. bestnya balik kampung. selamat bercuti :D
    memang jalan sesak sebab ramai balik cuti sekolah kan :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️