Assalamualaikum,hai semua!Aktiviti outing asrama Adik memang ditunggu - tunggu kami sekeluarga.Biasa lah kalau ada anak - anak yang tinggal di asrama cara nie salah satu nak lepaskan rindu.Nak masak makanan kegemaran,nak tambah keperluan di asrama dan bawa anak keluar sekejap.Awal tahun ibu bapa dah diberi jadual aktiviti outing, ziarah dan cuti sekolah jadi memang kita dah tahu jadual anak kita dah..
Aktiviti Outing Asrama Adik ATIUW |
Aktiviti Outing Asrama Pengubat Rindu
Kali nie aktiviti outing agak lewat sebab ada majlis Penyampaian Anugerah Pelajar,dah selesai semua aktiviti baru pelajar dan ibu bapa dibenarkan keluar dari asrama.Lewat juga lah keluar kali nie 12.30 pm hingga 6.00pm,rasa macam tak cukup aja masa dengan Adik nak melepaskan rindu..huhuhu..Dah lah mudir dah warning jangan sesuka hati datang lawat anak di asrama,sentap hati Ibu nak.. sebab Ibu memang selalu curi-curi datang jumpa Adik..huhuhu..
Kak Sue dah siap awal masak untuk Adik dan keluarga,balik tu kami makan dulu sebelum keluar balik bawa Adik ke kolam renang dalam kawasan perumahan Kak Sue nie aje.Dari hari tu Adik sibuk cakap nak mandi kolam.Hari nie bagilah can..orang pun tak ramai,kami-kami aja sakan lah Adik dengan Abang Tihie mandi manda.Cuaca pun tak panas sangat..
Aktiviti Outing Asrama Adik - Menu outing kali nie |
Aktiviti Outing Asrama Adik - Jom mandi kolam |
Aktiviti Outing Asrama Adik - Sayang selalu |
Aktiviti Outing Asrama Adik - Seronok Adik dapat mandi manda |
Aktiviti Outing Asrama Adik - Adik dan Abang Tihie sakan mandi manda |
Sempat bawa Adik mandi aja,sebab rasa masa sekejap sangat tahu-tahu dah nak asar.Tak puas luangkan masa dengan Adik kali nie.Tak apa lah nanti ada cuti panjang boleh lah lepaskan rindu puas -puas.Ibu doakan semoga Adik sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah,sentiasa dikuatkan,ditenangkan dan diterangkan hati Adik..aamiin ya rabb..!Sayang dan rindu Adik selalu..
2 Comments
tak pe la sekejap pun dapat ubat rindu hehheh seronok mandi ye...
ReplyDeletecantik yer kolam renang di area golf ni...suka adik mama dia layan mandi kolam...senyuman anak tu bermakna sgt kan
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️