Assalamualaikum, hai semua. Rasanya belum terlambat kut Kak Sue nak kongsikan cara mudah tampal lencana sekolah anak. Nampak senang kan nak jahit lencana sekolah, tapi macam Kak Sue nie dengan mata dah tak berapa nak nampak, leceh tau. Kadang kak Sue hantar aja kat tukang jahit..
Cara Mudah Tampal Lencana Sekolah Anak
Kak Sue nak ucapkan terima kasih perkongsian kat whatapps dari kawan Kak Sue, Cik Mek Min hari tu. Nak hantar upah jahit pun dah lewat lagipun bagi yang anak-anak ada lebih dari sehelai baju dah berapa modalnya kan. Zaman sekarang nie kalau boleh semua kita nak jimat kan. Jom kita tengok cara mudah tampal lencana sekolah atau tag nama pun boleh..
Perkongsian dari Facebook Puan Akmar Laily Omar
Bahan Yang diperlukan
Gam UHU
Kain kecil / sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal / Cardboard / Manila kad
Seterika
Langkah-langkah
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas nie dibahagian dalam bawah lencana. Ini untuk elakkan gam melekat pada kain
2. Atur lencana pada tempat yang kita nak letak3. Sapukan gam pada bahagian belkang lencana atau tag nama
4. Lekatkan lencana pada yang kita tetapkan tadi
5. Ambil kain basah tadi dan letak di atas lencana
6. Seterika kain tadi, pastikan kena lencana tau. Gosok beberapa kali, masa nie seterika mungkin berasap tindak balas bila kita gosok kain basah tu kan, jadi jangan risau tau..
7. Angkat kain dan alih kertas keras tadi, siap dah
Haa.. senang aja kan. Kata Puan Akmar Laily lencana yang ditampal dengan cara ini nampak kemas dan masa nak siapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang memerlukan masa lebih lama untuk satu lencana. Tambah beliau lagi cara ini juga tahan lama berdasarkan pengalaman beliau. Lencana melekat lebih 10 bulan walau dibasuh mengunnakan mesin basuh. Kalau tertanggal selepas tu, korang ulang lah cara yang sama ya.. senang kan? Selamat mencuba..
1 Comments
Teringat zaman sek dulu. Asyik tertanggal je lencana. Setahun ntah brp byk beli lencana. Hehe
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️