Assalamualakum,hai semua!Korang pernah datang Taiping tak? Kalau belum pernah, kena datang tau kat Taiping.Ada macam-macam tempat yang korang boleh pergi jalan-jalan dan makan-makan kat sini.Cuti sekolah yang lepas Kak Sue berpeluang bawa keluarga Kak Sue dan keluarga Adik Kak Sue ke Muzium Taiping Perak.Lama juga tak datang ke Muzium Taiping nie,sejak beberapa tahun lepas kali nie terpanggil nak singgah bila dapat tahu ada pameran 3D kat sini
|
Muzium Taiping Perak |
Muzium Taiping Perak Adakan Pameran 3D Art : Sepanjang Jalan Kenangan
Muzium Taping, Perak terletak tak jauh dari Taman Tasik,Taiping dan berada betul-betul depan penjara Taiping.Semua tempat menarik dekat aja dengan bandar jadi kita tak risau takut sesat ke apa kalau datang kesini.Kebetulan cuti sekolah hari tu pihak muzium ada buat pamera 3D,macam menarik aja kami semua sepakat singgah sekejap sebelum balik ke Rawang
Pameran 3D Art : Sepanjang Jalan Kenangan nie bermula dari 15 septembar hingga 15 September 2017 jadi pada korang yang plan nak bercuti ke Taiping boleh lah singgah ke sini nanti tau.Harga tiket pun tak mahal dan ada kemudahan yang disediakan seperti Taman Permainan Kanak-Kanak (in dan out door), surau,tandas awam,tempat letak kereta dan kedai cenderamata.
|
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Adik Faris |
|
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Nampak jinak katanya..ehehe.. |
|
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Adik Faris dan Sakinah |
|
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Kemahin Abang Tihie dengan Abang menyembang..hahaha.. |
|
Muzium Taiping Perak Pameran 3D -Ibu teman Adik sembang pulak.. |
|
Muzium Taiping Perak |
|
Muzium Taiping Perak |
|
Muzium Taiping Perak - Kereta Antik |
|
Muzium Taiping Perak - Adik Faris dengan kereta antik |
|
Muzium Taiping Perak - Bergambar kenangan with the girls |
|
Muzium Taiping Perak - Kami! |
Waktu operasi Muzium Isnin hingga Ahad dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.Tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Bayaran masuk pula dewasa sebanyak RM2, kanak-kanak bawah 12 tahun dan beruniform sekolah percuma, warga emas dan OKU RM1 dan warga asing dikenakan sebanyak RM5
Selain Muzium Taiping ada tempat menarik lain dekat kawasan situ seperti Zoo Taiping & Night Safari, Taman Tasik Taiping ada macam aktiviti tau kat sini, Bukit Larut ,Taiping Equine Park,Galeria Pertama dan Burmese Pool Taiping,boleh mandi-mandi sejuk kan badan.Kalau bernasib baik datang musim durian boleh merasa Durian batu Kurau,haa..jangan tak tahu Kak Sue asal dari Batu Kurau tau..tak sombong punya..hahaha..Makan pula ada Yong Tau Foo Bomba,Kuew Teow Dolli,Laksa Larut Matang dan macam-macam lagi.Haaa..jangan lupa singgah Bandar Taiping,Bandar Warisan..jumpa lagi,papai!
2 Comments
Wahhh... Bestnya... Pernah sekali pergi sini... Itupun dah lama sangat
ReplyDeleteseronok ny =D
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️