Assalamualaikum,hai semua!Cabaran blogging kali ini Subjek Kegemaran.Wah nie kena throwback back to school nie..ehehe..
Day #5 ~ Subjek Kegemaran
Subjek kegemaran Kak Sue matematik!Wahh..macam hebat sangat ya,tapi betul Kak Sue suka subjek matematik masa kat seklolah.Sebab tu Kak Sue rasa sangat down bila masuk aja tingkatan empat tak ada aliran perdagangan..sungguh kecewa masa tu!Kak Sue suka buat kira-kira,rasa seronok bila buat kira dan dapat selesaikan setiap soalan,tapi ada juga yang Kak Sue tak dapat nak paham juga jalan kira-kira matematik sampai hari nie,cuma lupa dah tajuk apa..
Habis sekolah pekerjaan pertama Kak Sue cashier kat supermarket di bandar Taiping.Punya lah seronok dapat kira duit dan buat closing setiap habis waktu kerja.Sampai lah Kak Sue berhijrah ke Kuala Lumpur hujung tahun 1990 kalau tak silap,pun Kak Sue minta kerja sebagai cashier juga..
Last Kak Sue berenti kerja sebelum berkahwin ialah di Restoran Itali Scalinis.Bila besar tempat kita bekerja lagi besar lah tanggung jawab,stress juga bila buat kira-kira tak betul.Sales ribu-ribu setiap hari silap kira,mau kena kena bayar dengan duit sendiri.Seharian nak kena semak bill dan report satu persatu kemudian baru submit ke office.Bukan tak pernah kerja office,tapi tak kena dengan jiwa kut..ehehe..Okay lah kita berenti setakat nie dulu,jumpa lagi ya..papai!
4 Comments
Sama! Saya pun sukakan math. Kira-kira duit lagi saya suka =)
ReplyDeleteSamalaa dgn saya. Subjek plg minat adalah Math. Sampai msk u pun, sbjek yg selalu score biasanya msti yg mlibatkan pengiraan. Hihi
ReplyDeleteSama la dengan sayerr
ReplyDeleterajinnya akak..sy pun ada sahut cabaran 31 chnllge jdt blogger.. hihi.
ReplyDeletejemput singgah blog sy :) http://www.yayacendana.com
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️