Day #6 ~ Cabaran 7 Hari Blogging

Assalamualaikum,hai semua!Haaa..dah sampai hari ke enam,Kenangan Manis..Wah kenangan manis pun banyak juga sebenarnya nie..
KENANGAN MANIS

Day #6 ~ Kenangan Manis


Kenangan manis..banyak sebenarnya,kalau nak diceritakan panjang lebar.Tujuh hari tujuh malam belum habis..eceywah!Kenangan masa Kak Sue kecik,sekolah,bekerja dan berumahtangga.Semuanya ada kenangan sendiri..Kadang-kadang tersenyum sendiri bila ingat balik semua kenangan tu..

Kenangan manis dan  bermakna dalam hidup semestinya menjadi kekasih hati pada Abang Man.Kak Sue betul-betul berterima kasih kepada Abang Man kerana sentiasa menerima Kak Sue seadanya.Sebelum ambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang kami,memang kami berterus terang segala masa silam kami dan kami berjanji menerima apa adanya..Macam-macam dugaan juga lah masa bertunang dan akhirnya kami sah sebagai suami isteri dan hidup bahagia sampai sekarang,Alhamdullilah!Harapan Kak Sue biarlah bahagia selamanya..aamiin ya rab..

Melahirkan ketiga-tiga buah hati Kak Sue pun amat manis untuk dikenang.Setiap kali doktor tanya..anak apa nie puan,sambil serahkan baby pada Kak Sue adalah kenangan manis yang tak akan Kak Sue lupa sehingga bila-bila..Satu perasaan yang tak boleh nak ungkapkan dengan kata-kata..bahagianya aku Ya Allah!Masa tu rasa hilang semua kesakitan dan kepayahan waktu mengandung dan melahirkan ketiga-tiga buah hati Kak Sue..semoga membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah ya anak-anak Ibu..aamiin!Okay lah,setakat nie aja kali nie..sambung lagi nanti ya,papai!





Post a Comment

0 Comments