Jemputan Majlis Makan-Makan di M'Rimbun Catering

Assalamualaikum,hai semua.Kak Sue dijemput oleh kawan satu tempat kerja dengan Kak Sue masa kerja kat Scalinis dulu ke majlis makan-makan M'Rimbun Catering.Majlis nie untuk meraikan perniagaan catering Kak Ina dan Kak Bibi.Jemputan pun hanya untuk keluarga dan kawan-kawan terdekat serta jiran-jiran aja,tapi meriah juga..
MRIMBUN CATERING

Hubungan keluarga Kak Sue dan Kak Ina bukan setakat kawan,dah macam keluarga dah tau.Lebih 19 tahun kami kenal,lama kan..walau pun kami tak selalu berhubung tapi kami tahu,kami selalu ambil berat antara kami.Sesekali aja kami berbual kat telefon dan kadang berwhatapps,terima kasih Kak Ina atas hubungan yang sangat berharga ini..ceyy..hahaha..

Majlis berlangsung selepas zohor,masa Kak Sue sampai ramai juga tetamu.Macam biasa lah menu kat majlis Kak Ina semua sedap-sedap,tak tahu mana satu nak makan.Kalau datang rumah Kak Ina nie memang banyak borak dari makan,sebab jarang jumpa kan.Kak Sue sempat ambil sikit ja gambar segan pula takut tetamu tak selesa kan..

Sebenanarnya ada beberapa menu yang Kak Sue tak sempat nak rasa,asyik berborak aja kan..ada roti dan tosei tu memang tak sempat rasa.Tahu-tahu dan masa nak balik sebab bekejar nak beli barang sekolah Abang pula petang tu,,sorry Kak Ina dan Kak Bibi.Jom kita tengok apa yang Kak Sue makan kat sana dan antara menu yang disediakan kat sana..

Menu Makan-Makan di M'Rimbun Catering


Pakistani Buffet Menu
Nasi Jerra
Ayam Varvel
Ralita

Western Buffet Menu
Roasted Cajun Chicken (with black pepeer sauce)
Cream Mushroom Soup
Spagetti Chicken Bolognise

Desert Corner
Kueh Kasui
Vegetarian Curry Puff
Seri Muka
Peach & Banana Crumble 

Minuman
Sejuk dan panas


MRIMBUN CATERING
Pakistani Menu Buffet
MRIMBUN CATERING
Kuih Muih Tradisional ~ Serimuka dan Kaswi
MRIMBUN CATERING
Peach & Banana Crumble With Cream
MRIMBUN CATERING
Buah-Buahan

Terima kasih Kak Ina dan Kak Bibi sekeluarga,harap jemput lagi kami sekeluarga lain kali.Harap juga kita dapat bekerjasama dalam bisnes untuk masa akan datang ya.hee..sempat lagi tu kan.Semoga akak berdua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat..love u both to the moon and back!

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️