Cakap Yang Baik - Baik

Assalamualaikum, hai semua! Kita nie kalau boleh cakap yang baik-baik aja, bukan apa yang kita cakap tu kadang menjadi doa. Tak kira lah pada siapa tapi kalau boleh elak tu, kita elak lah dari bercakap benda yang tak bermafaat atau sengaja provokasi orang dengan niat nak sakitkan hati atau nak cari gaduh. Kadang percakapan kita yang tak elok tu, takut akan berbalik kepada diri kita sendiri pula kan. Mintak simpang lah benda-benda yang tak baik jadi pada kita, sebab tu kita ken cakap yang baik-baik..


Kadang dari cara percakapan dan perbuatan kita tu orang dah tau kita nie jenis macam mana. Kalau bercakap waktu kita marah nie, tau aja lah.. cakap semua ikut perasaan tanpa berfikir dulu. Janji hati kita puas, seronok dapat sakitkan hati orang lain. Kita tak sedar kerana mulut dan cakap kita, akan membuatkan orang menjauhkan diri dari kita. Bila benda tu jadi kita tak boleh terima pula nanti. Peringatan nie untuk diri Kak Sue sendiri juga, sebab tu sekarang nie kalau marah Kak Sue cuba kawal dan diam. Sebab kalau bercakap dalam keadaan marah memang tak boleh nak kawal apa yang keluar dari mulut. Takut-takut kemudian nanti kita menyesal dan akan memalukan diri kita sendiri pula kan..

Setakat nie dulu sembang Kak Sue kali nie, semoga kita semua sentiasa cakap yang baik-baik maka yang datang nanti pun pasti yang baik-baik juga kan. Jumpa lagi, papai!

Post a Comment

2 Comments

  1. betul...kata-kata kita melambangkan akhlak kita...

    ReplyDelete
  2. bru bkesempatan blogwalking bjemaah ari ni =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️