Happy Birthday Abang

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie birthday Abang anak kedua Kak Sue,kami buat sambutan kecil-kecilan aja kat rumah.Happy Birthday Abang Ibu doakan semoga Abang sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah,dimurahkan rezeki,kesihatan yang baik,menjadi anak yang soleh dan baik akhlaknya cemerlang dunia dan akhirat..aamiin ya rabb..Sayang Abang till Jannah!


Sambutan Birthday Abang


Mulanya plan nak makan kat luar hari nie,tapi bila tanya Abang nak makan apa katanya nak makan daging balut nasi dan salad.Jadi kami masak aja kat rumah sempena sambutan birthday Abang.Ingat nak buatkan kek untuk Abang tapi badan Ibu tak berapa sihat pula dua tiga hari nie tadi beli aja kat kedai kek area rumah Kak Sue yang dah siap.Kadang bukan makan sangat pun,tapi kalau kek coklat moist tu memang kesukaan anak-anak Kak Sue lah..Sorry Abang nanti Ibu buatkan kek untuk Abang ya..

Menu hari nie simple aja,Daging Masak Kicap,Tom Yam Sayur,Daging Bakar yang digulung dengan nasi dan salad,konon ala-ala korea gitu!Buah betik dan Kek Coklat..cukup dah..Kemahin bertambah anak-anak makan

happy birtday abang
Menu Birthday Abang - Daging Masak Kicap


happy birthday abang
Menu Birthday Abang - Tomyam Sayur


happy birthday abang
Menu Birthday Abang - Daging Bakar + Nasi + Salad gulung dan makan


happy birthday abang
Menu Birthday Abang - Papaya..sedap!


happy birthday abang
Kek Birthday Abang 
Anak-anak dah besar nie Kak Sue kurang dah adakan majlis sambutan birthday kat rumah.Selalunya makan dekat rumah atau dekat luar bersama keluarga aja.Janji kita meraikan biar anak-anak tahu kita peduli dan ambil tau hari dan tarikh penting dalam hidup depa kan..Semoga keluarga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah dan sentiasa berkasih sayang..aamiin ya rabb..!




Post a Comment

0 Comments