Assalamualaikum,hai semua!Kak Sue agak rapat dengan anak sulung Kak Sue,Kakak.Kami macam kawan boleh berkongsi cerita apa saja.Walau dah besar panjang Kak Sue tetap memanjakan semua anak Kak Sue.Kata orang dalam memberi kasih sayang kadang kala kena ada tegas.Kakak tak pernah merungut dan ringan tulang membantu kami sekeluarga.Bukan lah nak memuji tapi itulah Kakak.Kadang bila marah rasa bersalah pula sebab Kakak pelembut orangnya,diam tak pandai nak menjawab.Ibu sayang Kakak..Ibu sayang Kakak sangat-sangat,Ibu nak Kakak tau tu..
Kakak Sebagai Anak Sulung
Kakak anak sulung Ibu.....Selalu dia kena marah tiap kali ada buat salah, selalu dia yang kena bebel bila ada masalah, selalu dia kena kemas kalau adik buat sepah mainan, buat tumpah air, selalu adik je berpeluang bermanja. Adik punya pasal semuanya dia yang kena.
Sebelum ada 2,3,4,5,6,7,8,9 mahupun 10, kita bermula dengan satu begitu juga anak, kita bermula dengan yang sulung.Kerana dia, kita belajar melahirkan, menyusukan, menukar lampin dan bagaimana mendidik anak-anak, kekoknya kita tiap kali lalui benda baharu.
Hadir yang kedua, kita minta yang sulung untuk berdikari kurangnya perhatian pada anak yang sulung automatik berlaku.Kekadang amarah itu mudah sangat dilepaskan semua padanya, adik baru lelap dia terlanggar buaian adik memang kena la.
Hati yang luka masih boleh dirawat, tapi jangan dilengahkan rakan-rakan, peluklah anak sulung anda setiap hari ucapkan terima kasih padanya kerana kita belajar banyak benda baru kerana hadirnya dia.Sayang itu adil anak sulung memang biasa kena marah, memang selalu kena tapi yang sulung tetap istimewa kerana dia yang pertama..Kakak..Ibu, Abah dan adik-adik SAYANG, kakak selamanya....Ingat tu dalam hati Kakak
Ibu doakan Kakak sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah,dimurahkan rezeki,kesihatan yang baik,dipermudahkan semua urusan Kakak baik di dunia mahupun akhirat nanti..Kasih sayang dan redha Ibu sehingga ke Jannah..aamiin ya rabb..
Jom copypaste & letak pic anak sulung anda - Kak Sue pun copy paste juga :)
1 Comments
dari pertama kita belajar heheee
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️