Resepi Bubur Nasi Tumis

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie masak Bubur Nasi Tumis,Kak Sue cuba resepi dari kawan yang dikongsikan di facebook.Selalu Kak Sue buat bubur nasi biasa yang rebus tu,hari nie ternampak resepi tumis terus rasa nak cuba.Resepi lebih kurang sama aja,cuma Bubur Nasi Tumis nie kena tumis bahan-bahan, pastu baru dicampurkan sekali.Jom lah kita tengok cara dan bahan-bahannya ya.Senang aja nie..

resepi bubur nasi tumis
Bubur Nasi Tumis

Resepi Bubur Nasi Tumis


Resepi Asal : Azrina Fizi

Bahan -bahan :

1/2 batang lobak - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - diketuk
1 kiub ayam Knorr
1/2 batang lobak - dipotong dadu
1 1/2 pot beras 
Air - Kak Sue tambah-tambah aja,sampai nasi tu cukup kembang dan lembut
Ikan bilis - Kak Sue goreng lebih selalu,ikut korang lah nak letak ayam atau ikan bilis ya
Lada sulah -  ikut nak banyak mana
Lada hitam - ikut nak banyak mana
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

Cara - cara :
Beras dicuci bersih kemudian masukkan air lebih dari biasa,didihkan
Kacau sekejap untuk tak mau bagi melekat bahagian bawah periuk
Tambah air kalau perlu
Kemudian tumis bahan dikisar tadi dengan halia yang diketuk hingga naik bau
Masukkan lada sulah,lada hitam dan lobak,kiub ayam Knorr,masukkan air dan biarkan lobak empuk 
Kemudian masukkan nasi yang dimasak tadi kedalam periuk bahan tumis tadi
Kacau sebati dan perasakan dengan garam kalau mahu
Masa nak makan boleh lah taburkan daun sup dan bawang juga ikan bilis
Kalau suka pedas boleh makan dengan cili padi potong
Selamat mencuba..


Post a Comment

12 Comments

  1. Replies
    1. Haah Ana lain sikit yang tumis nie..Sue kurangkan minyak sikit

      Delete
  2. Replies
    1. Nad boleh masakkan untuk si comel sekali nie..

      Delete
  3. oh mcm tu, takpernah buat bubur tumis ni..selalu rebus je..nnti boleh cuba ni..tq kak su

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  5. Amboi sedap nyer...
    Aida peminat bubur nasi.
    Yg simple.
    Yg asas gini.
    Terbaik! Tq for sharing.

    ReplyDelete
  6. wah menarik ni, dah ada resepi ni boleh la buat nnti. tq

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️