Assalamualaikum,hai semua!Semalam lepas selesai urusan Kak Sue kat sekolah Adik kami sekeluarga singgah makan di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat di Klang.Selalu bila lalu depan restoran nie nampak ramai betul orang singgah.Memang ada simpan niat nak singgah Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat nie,sebab kami sekeluarga memang suka makan seafood..cuma kadang tu kejar masa
Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat |
Umang - Umang Buffet BBQ & Steamboat
Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat nie kalau kita dari Klang nak ke Puncak Alam berada di sebelah kiri,tepi jalan aja.Senang aja kalau nak cari.Selalu kalau kami lalu nak melawat atau jemput Adik dari asrama nampak ramai sangat orang,parking pun penuh aja..macam teringin nak singgah cuma belum sempat aja.Semalam kebetulan lalu situ Abang Man pelawa kami singgah makan malam terus kat situ..
Masa Kak Sue sampai tu boleh katakan kebanyakan meja dah di tempah awal oleh pelanggan.Nak jadi rezeki kami sekeluarga masih ada meja kosong,boleh lah merasa kat sini kali nie.Kami di beri meja sebelah luar,tak berbumbung kira macam free air gitu,sekali tak lama lepas tu hujan pula kelam kabut pindah bawah bumbung.Nasib baik lah pekerja kat situ cepat bertindak dan mesra layanannya..
Pilihan sayur di Restoran Uamang - Umang BBQ & Steamboat |
Pilihan bebola dan seafood di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat |
Pilihan daging,ayam dan seafood di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat |
Pilihan lain ada Nasi Putih,Nasi Goreng dan Mee Goreng dan untuk desert ada Bubur Hitam,Buah Tembikai dan Kerepek.Nanti bila kita dah siap makan semua,boleh minta ais krim pula.Minuman ada panas dan sejuk..pilih aja nak yang mana..
Kita bakooooo,jom makan di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat |
Desert Ais Krim di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat |
Korang yang berminat nak singgah sini boleh datang setiap hari kecuali khamis.Hari selasa ada ladies night dengan bayaran RM19.90 satu kepala.Untuk kadar biasa dewasa RM23.90 kanak-kanak RM10.90.Waktu operasi pula dari 6 petang sehingga 11 malam.Surau pun ada disedikan kat sini tau..Jangan lupa singgah ya..papai!
Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat
Alamat
Jalan Sekolah,Kampung Bukit Kapar,42200 Klang,Selangor
Nombor Tel
011 2816 9501
Facebook
2 Comments
Best nya =D kualiti time dgn kluarga =D siap ada ladies night lg, bgs juga ada tawaran hrga mcm tu tarik pgunjung kan dgn plbagai menu tu rasa nya sgt bbaloi tu =D
ReplyDeleteBtw sis, daging mumbai tu daging apa ?
Itulah selalu lalu situ memang sentiasa ramai,Kak Sue tak pasti daging mumbai tu apa mungkin perapan rempah kat daging tu kut..boleh tahan rasanya.. :)
DeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️