Percutian Indah di Pulau Pangkor

Assalamualaikum,hai semua!Minggu depan dah mula cuti sekolah.Bab-bab cuti sekolah nie anak-anak la yang paling seronok dan teruja kan?Masa nie laa parents nak luangkan masa mereka bersama keluarga tercinta.Bila lagi nak luangkan masa mereka bersama keluarga tersayang.Cuti sekolah nie korang plan nak bawa keluarga bercuti dekat mana?Apa kata korang pilih percutian di pulau, dekat Malaysia banyak pilihan pulau-pulau menarik yang boleh kita bawa keluarga kita bercuti.Kak Sue cadangkan korang pilih Pulau Pangkor, pulau peranginan nie destinasi terbaik bagi korang yang tinggal di Kuala Lumpur atau Selangor.Dah dekat sangat dah...


percutian indah di pulau pangkor
Pangkor Laut Resort - gambar google


Jom Bercuti Ke Pulau Pangkor


Bagi korang yang dah bosan duduk dekat kota metropolitan tuu baik plan je terus ke Perak untuk main air.Syok kut.Anak-anak pasti seronok cuti sekolah penuh dengan aktiviti bersama keluarga.Best ke tak Pulau Pangkor nie,jom Kak Sue nak cerita kat korang nie jom.Sebenarnya, nak kesan korang boleh nak feri dari Jeti Lama Lumut atau Jeti Marina Island.Perjalanan dari Jeti Lama Lumut mengambil masa dalam 40 minit dan kalau dari Jeti Marina Island dalam masa 10 minit sahaja.Jadi mana yang mabuk laut tu boleh gerak dari Jeti Pualau Marina..senang kan ada pilihan macam nie.Tambang pergi balik untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5.Jangan hilangkan tiket okay..nanti ada yang balik kena berenang.Nangis laa korang kena tinggal..
percutian indah di pulau pangkor

Dah sampai sana, wajiblah cari tempat tinggal dulu kan.Musim cuti sekolah korang kena extra rajin usha kat encik google nak lepak mana.Resort, chalet atau hotel bersepah dekat sana tapi penuh lah masa macam nie.Baik korang pergi intai sekarang!Tapi yang paling best kalau korang sempat bolehlah book Pangkor Laut Resort online sekarang.MasyaAllah,cantik yang amat resort nie tau.Kat sini bilik dia ada dalam 8 jenis.Boleh pilih nak yang mana ikut kemampuan masing-maisng seperti Garden Villa, Hill Villa, Beach Villa, Sea Villa, Spa Villa, Suria and Purnama Suite, Pavarotti Suite dan The Estates.

Tempat nie semua memang sangat sesuai bagi korang yang nak mencari ketenagan sebabnya resort berhadapan dengan laut dan dikelilingi Tropicals Gardens.Sesekali enjoy bercuti dekat dengan tempat macam nie memang sangat seronok.Release stress tau!Setiap villa dilengkapi dengan WiFi..ini yang paling penting kan..katil yang selesa itu wajib,writing desk, international direct dialing telephone dan newspapers dan macam-macam lagi laa..


percutian indah di pulau pangkor


percutian indah di pulau pangkor


percutian indah di pulau pangkor

Honeymoon package pun ada mereka sediakan dekat sini tau.Korang yang baru jadi Raja Sehari tu boleh menikmati makanan dekat Emerald Bay yang disediakan oleh private Chef.Sambil makan sambil dengar ombak laut.Romantik gitu!Alang-alang tu korang boleh photoshoot untuk post wedding lagi.Nak buat business meeting, birthday celebrations, brainstorming sessions dan teambuilding pun ada.

Cecepat tau book slot masing-masing!Para pengunjung resort boleh juga enjoy outdoor pools, workout dekat fitness room ataupun pergi main squash atau tennis.Dah penat bersukan sampai berpeluh-peluh semua, korang boleh relakkan diri dekat spa diaorang yang ohsem sangat siap menang award.Lepas korang enjoy semua nie boleh pergi makan dekat restaurant diorang..


percutian indah di pulau pangkor

Kalau rasa nak makan Asian dishes boleh pergi ke Uncle Lim's Kitchen dan view tempat makan nie berhadapan dengan laut tau.Kalau tekak korang rasa nak makan fresh seafood, western, chinese dan Italian cuisnes boleh pergi Fisherman's Cove Restaurant.Yang mana vetarian jangan risau boleh buat special requaet dekat mereka okay.

Perak nie banyak lagi tempat yang best tau!Bukan Pulau Pangkor je yang best dikunjungi.Alang-alang korang dah sampai Perak, pergilah Lost World of Tambun bawak anak-anak korang main indoor games seperti roller cosater, dragon flight atau tengok lebih kurang 55 spesies binatang disana.Kak Sue confirm korang sekeluarga seronok dan berpuashati nanti, tak rugi datang Perak.Kalau berminat nak booking Pangkor Laut Resort, mudah search aja dekat Traveloka okay.Pilihalah villa mana yang berkenan dihati.Happy Holiday semua..papai!



Post a Comment

25 Comments

  1. wahhh bestnya pangkor acik prnh pegi sekali.. mmg best

    ReplyDelete
  2. Pernah ke Pangkor. Memang best kak. Tenang je. Tak payah fikir apa sgt. Dan paling best..ikan bilis mata birunya FRESH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..Kak Sue pun dah dua kali pergi, memang tenang kat sana kan Linda :)

      Delete
  3. Laa tiket feri rm10 je ke? Ingatkn sampai beratus. Resort kat sana tu woww cantik! Boleh laa ni ainaa nk ajk family ke p.pangkor book guna traveloka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..tapi jangan hilang tiketnya tau..Seronok bercuti dengan family Aina :)

      Delete
  4. Saya dah 2 kali pergi Pangkor, best! Walaupun pulau dia kecik je tapi paling seronok dapat beli makanan laut yang murah².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mas.. sama macam Kak Sue, kalau kesana memang sakan borong.. :)

      Delete
  5. Belum sampai rezeki ke sana. InsyaAllah akan dtg. Cantik betul resort tu kak sue. Tergoda tau =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah satu hari nanti Ana ada rezeki tu.. Kannn.. ;)

      Delete
  6. tak pnh smpai sini kak sue... macam jatuh cinta da ni kat pulau pangkor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sue doakan murah rezeki Unni..nanti satu hari sampai sini hokay :)

      Delete
  7. Betul..Perak banyak tempat menarik..sebab ai is orang perak..ngeee

    ReplyDelete
  8. fuhhhh.. best2... tgok tmpt rehat pon macam best je ni..

    ReplyDelete
  9. Umah kite 10 minit je dari lumut, pastu zasss bole ke pangkor, hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah dekatnya..lagi best nie..ehehe..

      Delete
  10. Walaupun rakyat Perak tapi.. Eh malu la nak cerita sini. Tak pa satu hari nanti pcl terjah pangkor.. Komsep travel pcl. Terjah yg jauh dulu baru yg dekat2.. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL orang Perak juga ya..Kak Sue doakan ada rezeki nanti ya :)

      Delete
  11. minggu depan aida ke perak.
    tapi x ke lumut kot.
    sebab da pernah gi :-)
    p.pangkor best. sehari round pulau.
    then lepak tepi pantai.
    sewa motor :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Kak Sue pergi pun sewa motor juga..pusing-pusing pulau :)

      Delete
  12. Saya pernah pergi sekali je ke Pulau Pangkor. Tu pun follow orang. Not bad la pulau nye.

    ReplyDelete
  13. a.. bestnye !!! dulu atie honeymoon kat pulau pangkor.. teringin nak g lagik..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️