Doa Lembutkan Hati

Assalamualaikum, hai semua! Zaman sekarang nie memang mencabar kita nak besarkan anak-anak kan... Tak macam zaman kita dulu, Mak dah bagi isyarat aja kita dah cecepat faham. Sekarang nie sampai nak keluar biji mata pun boleh buat derk ja lagi. Kak Sue ada tengok kat tv rancangan Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim. Beliau ada kongsikan doa lembutkan hati, boleh lah kita bacakan untuk anak-anak kita kan. Jom kita tengok doanya jom..
doa lembutkan hati
Doa Lembutkan Hati - Sumber Google

Doa Lembutkan Hati 


Doa yang Ustaz Kazim kongsikan ialah diambil dari surah Yasin ayat 82. Caranya setiap kali baca ayat tersebut bila sampai pada kun kita doa minta pada Allah lembutkan hati anak kita atau apa saja dan teruskan bacaan fayakun.. InsyaAllah dengan izin Allah apa yang kita minta moga dimakbulkan olehNya. Boleh juga kita baca masa kita nak basuh beras, doa kat air untuk diberi minum pun boleh tau..

Kak Sue memang antara salah seorang peminat Ustaz Kazim. Memang kalau ada rancangan Kalau Dah Jodoh Kak Sue takan lepaskan peluang menonton. Banyak ilmu dan doa yang beliau kongsikan dalam rancangan nie tau, seronok sangat. Cara penyampaian beliau santai bersahaja dengan lawak jenaka yang mencuit hati. Memang tak boring lah, tau-tau dah habis satu episod.

Jangan kata Kak Sue aja yang suka, anak-anak Kak Sue pun layan ceramah beliau.Itu yang kita nak kan, tarik remaja berminat nak dengar ceramah agama tanpa dipaksa. Okaylah setakat nie dulu kali nie, nanti InsyaAllah Kak Sue kongsikan lagi doa yang lain untuk panduan kita bersama. Semoga bermafaat untuk semua ya.. papai!





Post a Comment

6 Comments

  1. Boleh amalkan ayat ni kak. Semoga anak2 kita lembut hatinya dan menjadi anak yg soleh dan solehah. Amin.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, boleh diamalkan untuk bos masa nak interview nanti, hehehe

    ReplyDelete
  3. Insha Allah, boleh diamalkan doa nie, terima kasih sis kerana berkongsi ilmu yang cukup bermanfaat pada kita semua.. =)

    ReplyDelete
  4. Sambil2 memasak pun kita boleh amalkan doa lembu tg kan hati nie... Insyaallah...

    ReplyDelete
  5. Ustaz Kazim kata..baca ni untuk makbulkan doa pun boleh...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️