Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue berkesempatan ke Marco Creative Cuisine One Utama semalam yang terletak di ground floor old wing. Tak susah pun nak cari lepas parking kat bawah naik satu tingkat, belok sebelah kiri dah jumpa dah. Masuk aja restoran nie Kak Sue tertarik dengan rekaan yang moden dan ringkas tapi menarik. Di pintu masuk ada akuarium yang penuh dengan jelly fish atau obor-obor yang sangat menarik..cantik sangat tau.. berwarna warni..
Semua Sedap di Marco Creative Cuisine
Menu di Macro Creative Cuisine nie disediakan oleh pemilik restoran ini sendiri, Chef Daren Leong dan dibantu oleh isteri beliau Janice. Mereka mahu mewujudkan satu tempat dimana pelanggan boleh datang berehat dari kesibukan seharian dan berada dalam alam sekitar yang relaks dan segar dengan hidangan makanan yang lazat... Korang kena datang tau nak merasai suasana yang tenang kat sini dan makanan semuanya sedap-sedap belaka..
Mereka juga menyediakan bahan makanan yang terbaik dengan harga yang berpatutan untuk semua pelanggan.Untuk by course 7 hidangan hanya dengan RM78 sahaja, berbaloi kan.. Kalau tak nak order by course, boleh order secara ala carte juga tau. Hidangan memang sedap-sedap semua dan layanan sangat mesra. Tempat nie juga mampu memuatkan sehingga 62 orang pada satu-satu masa. Okay lah jom Kak Sue nak sembang menu menarik menjadi pilihan Kak Sue..
Palate Cleanser | Velvet Matcha Lime Shooter
Untuk membersih mulut kita dari apa yang kita makan sebelum nie, supaya nanti dapat rasa makanan kat sini dengan lebih baik.. sedap tau!
Appetizier | Savoury Eclair
Pembuka selera dulu, roti dengan carviar sedikit cili dan tomato..sekali ngap ja nie..ehehe..
Truffled Mushroom Soup
Sup Kak Sue pilih sup kegemaran mushroom sup.Sedap lemak berkrim..
Entree | Garden Plater
Salad segar dengan French Tatar Sauce.. Kak Sue kan pengemar sayur, memang kena sangat dengan selera Kak Sue.. licin kut.. ;)
Main course | Chicken Roulade with Brussels Sprouts
Yang nie paling sedap, daging ayam lembut dan juicy. Kak Sue recomended order yang nie untuk main course..
Desert | Deconstucted Lemon Meringue Pie
Last sekali desert pilihan Kak Sue, pun sedap rasa masam-masam manis dengan rasa aiskrim tu rasa tak cukup satu pulak..eheheHaaa..selesai dah makan, memang puashati dengan semua menu yang Kak Sue order nie tau. Lain kali boleh cuba menu yang lain pula. Semua sedap dan berbaloi dengan harga. Recomended datang sini tau..
Untuk detail korang boleh tengok kat bawah nie ya :)
Macro Creative Cuisine One Utama
Alamat
Lot G146, Ground Floor (Old Wing)
1 Utama Shopping Centre
1, Lebuh Bandar Utama
Petaling Jaya 47800 Selangor
No tel
03 - 7731 8923
Website
Facebook
Email
reservation@marcocreativecuisine.com
Waktu Operasi
12.00 pm - 3.00 pm - Lunch Service
3.00 pm - 6.00 pm - Coffee & Desert only
6.00 pm - 10.00 pm - Dinner Service
Monday to Sunday
10 Comments
Cantik platting makanan tu. Nampak sedap. 😋
ReplyDeletememang nampak modern dan mewah! Suka tgk obor obor tuh..Chicken Roulade pon nmpk sedap. hehe
ReplyDeleteMenariklah tempatnya kak sue... Makanan pun nampak sedap..
ReplyDeleteDap nye...
ReplyDeleteWah.. Deko tmpt dgn mknn dh mcm all hotel lagi. Terbaiklah...
ReplyDeleteWahh menarik jer ni kak sue..hehehe nak sebut nama2 makanan tu berbelit lidah lya kak sue hahhaa.. nampak best jer Chicken Roulade with Brussels Sprouts..
ReplyDeleteSemalam SA ada lalu kat sini..wah..best la kak sue terpilih review kat sini...
ReplyDeleteseronok mkn western camni.. menu baru tu..
ReplyDeleteNmpk sedap & mewah hidangannya 😉
ReplyDeletePresenting makanan ni rasa mcm dok luar negara...mmg tgk pun tau sedap...alahaiii kak su bestnya!
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️