Tips Mudah Sembuhkan Batuk

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue masih lagi tak berapa sihat, demam yang on off setiap hari. Selsema dah kurang, tapi batuk.. Allah, kadang malam berjaga sampai berkali-kali sebab batuk sampai rasa nak termuntah dah. Sebelum nie ada Ustaz Amin, ustaz sekolah Adik kongsikan Tips Mudah Sembuhkan Batuk. Semalam pun kawan niaga kongsi cara yang sama juga. Hari nie Kak Sue terus rasa nak cuba tips mudah sembuhkan batuk nie, mana tau serasi pula kan..

Tips Mudah Sembuhkan Batuk
Tips Mudah Sembuhkan Batuk

Tips Mudah Sembuhkan Batuk

Sekarang nie memang musim demam dan batuk. Paling tak tahan bila batuk tu, tak berhenti pula sampai rasa nak terkucil pun ada. Tambah bila malam memang batuk datang menyerang paling teruk, menganggu tidur pun ya. Memacam cara dan petua Kak Sue cuba, tapi tak berkurang juga. Kali nie Kak Sue cuba lah tips mudah sembuhkan batuk yang dikongsi oleh Ustaz Amin dan kawan niaga Kak Sue nie iaitu makan nenas dalam tin..

Tips Mudah Sembuhkan Batuk
Tips Mudah Sembuhkan Batuk

Cuma tips dari kawan Kak Sue nenas dalam tin, pastu kena minum jus nya sekali. Kalau petua dari ustaz buah nenas fresh buat jus pun boleh, makan nenas gitu pun boleh. Kak Sue bukan lah peminat buah nenas sangat, jadi Kak Sue pilih nenas dalam tin aja lah.

Awal pagi Abang Man dah belikan untuk Kak Sue, habis satu tin nenas tu Kak Sue makan. Sedap lah pula rasa nenas dalam tin nie. Rasa macam kurang sikit lah batuknya, tapi jangan lah baru cuba sekali berharap terus sembuh kan. Kena lah ulang makan dua tiga kali tengok serasi ke tak kan..

Korang yang mengalami batuk yang teruk macam Kak Sue nie, boleh lah cuba cara nie tau. Mana lah tau serasi pula kan, kita nie cuma ikhtiar aja, yang memberi kesembuhan hanya lah Allah yang Maha Esa. Lagi pun tips mudah nak sembuhkan batuk nie memang mudah nak kita ikut. Semoga bermanfaat untuk korang ya. Selamat mencuba, papai!


Post a Comment

12 Comments

  1. Boleh cuba nanti... Terima kasih kak sbb kongsikan tips..❤❤

    ReplyDelete
  2. Ana kalau batuk dan start nk selesema cepat2 minum madu dan lemon. Alhamdulillah berkesan. Esok nya kahak tu jadi berkumpul dan senang keluar. Kalau tak macam kak sue cakap lah, time tidur pun boleh batuk teruk. Yg tak tahan masa nak solat pun. Tgh baca Fatihah tak sempat nak habis baca tekak bukan main gatal. Hehe

    ReplyDelete
  3. Moga batuk akak segera kebah kak...boleh sakit perut kalau batuk tak berhenti ni...

    ReplyDelete
  4. Mungkin saya kena cuba ni walaupun saya tak suka sangat dengan nanas ni :D

    ReplyDelete
  5. semoga lekas sembuh kak,ma pun ajar sue guna nenas ...

    ReplyDelete
  6. Moga kak su cepat sembuh. Cm pun suka makan Nenas sedap.

    ReplyDelete
  7. syafakillah kak sue.. lamanya tak melawat sini.. nasib selalu jmpa kat FB..hihihihi, nice tip unni ni dalam 3 bulan mesti kena serang batuk, macam da rutin rasanya.. blh amalnkn tip akak

    ReplyDelete
  8. Sedap punya ubat ni...

    ReplyDelete
  9. buah nanas memang banyak manfaatnya selain dari sembuh batuk macam kak sue katakan ianya baik untuk memcuci usus....

    ReplyDelete
  10. Menariknya tips. Selalu minum air madu+ lemon je

    ReplyDelete
  11. baik erk..takut makin gatal pulak tekak ni..hehee

    ReplyDelete
  12. Kebetulan Azif pun dok batuk2 ni... Mcm xnak biasakan sgt dgn ubat... Boleh la try nenas tin utk dia..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️