Assalamualaikum,hai semua! Masak apa hari nie.. kadang tak sempat nak masak kan terkejar-kejar balik dari kerja. Bagi yang memang bekerja sebagai surirumah, surirumah pun bekerja tau jangan buat tak tahu pula.. ehehe, pun kadang dah tak idea nak masak apa kan. Masalah yang sama setiap hari. Kali nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang resepi mudah Gulai Tempoyak Pahang. Tak payah ambil masa yang lama pun nak siapkan Gulai Tempoyak Pahang nie tau.. jom kita tengok jom..
Gulai Tempoyak Pahang Mudah dan Cepat
Sekarang nie kalau boleh semua nak cepat kan. Ya lah, macam Kak Sue cakap tadi kalau yang bekerja tu balik rumah dah lewat petang. Ambil anak balik sekolah, beli bahan untuk masak makan malam, sangat memenatkan. Kak Sue nak kongsi dengan korang cara mudah nak masak Gulai Tempoyak Pahang tak payan susah-susah nak sediakan macam-macam bahan. Hanya gunakan Pes Gulai Tempoyak FZE dari Fauziana Samat Sambalbelimbing. Mudah dan cepat..
Resepi Gulai Tempoyak Pahang
Bahan
1 ekor ikan talapia - dipotong dua
1 batang serai - diketuk
1 biji tomato - dibelah enam
1 pek Pes Gulai Tempoyak Pahang FZE
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan
Masukkan pes ke dalam periuk dan tambahkan air ikut kesukaan korang
Masukkan serai yang telah diketuk
Masak campuran tadi sehingga mendidih dan sedikit pekat
Masukkan sedikit garam kalau perlu
Masukkan ikan talapia tadi, biarkan mendidih atau sehingga ikan masak
Akhir sekali masukkan tomato dan tutup api
Sedia untuk dihidangkan, senang ja kan
Bukan setakat pes Gulai Tempoyak Pahang aja, ada bermacam lagi pilihan produk dari FZE antaranya Sambal Hitam, Pes Ikan Bakar, Daging Pekasam dan Ikan Pekasam pun ada. Tambah tak lama lagi kita dah nak sambut bulan ramadhan kan sesuai sangat lah sediakan stok macam nie kat rumah. Bagi yang berminat korang boleh singgah di facebook Sue Izza atau boleh hubungi beliau terus di nombor 017 939 7536. Selamat mencuba .. papai!
10 Comments
Alhamdulillahhhh tq banyak kak...
ReplyDeleteSoalan susah setiap hari, nak masak apa hari ni? 😂
ReplyDeleteTempoyak ni memang favourite sy dan anak... 😊
ReplyDeleteDah ada jual pes tempoyak rupanya ..
ReplyDeletewahh mudahnya dh ada pes.. even busyra tak makan gulai tempoyak tp tngok mcm sedap je tu.. hehe
ReplyDeleteWahhhh.... sedappp! Gulai tempoyak kegemaranku... :)
ReplyDeleteSedapnya kaksue ! heheh lapaq lak rasa . hehe
ReplyDeletehttp://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html
sedapnya kak
ReplyDeletemenarik ni, sue.
ReplyDeletegulai tempoyak my feveret.
kalu la ke pahang, mencari lauk ni.
senang nya gitu....
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️