Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Sambal Kelapa pula. Menu yang satu nie sedap di makan dengan ulaman atau ikan goreng kalau Kak Sue lah. Mesti makan menambah-nambah, cuma bila guna bahan yang agak sensetif dalam resepi nie, ya lah bahan utama kelapa parut. Kita kena jaga sikit takut masam, seeloknya boleh gaul lagi beberapa minit nak berbuka..
Bahan - bahan
1/2 biji kelapa parut - ditumbuk
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 biji cili besar - ditumbuk
4 biji cili padi - ditumbuk
1 inci belacan - ditumbuk
1biji limau kasturi - ambil jus sahaja
Garam secukup rasa
Cara - cara
Gaul bahan yang ditumbuk tadi dengan kelapa parut
Perah limau kedalam sambal tadi
Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka, gaul sebati
Sedia untuk dihidangkan
8 Comments
Baca bahan2 je pun dah terliur kak. Hehe
ReplyDeletesedap sungguh sambal kelapa kan bila makan dengan nasi panas dan berulam daun pegaga atau selom mmg favorite kami anak beranak ;D
ReplyDeletehttps://sweetsourleyra.blogspot.my/2014/03/sambal-kelapa-penambah-selera-untuk.html
boleh tunjuk resipi nie dekat ibu oh. ibu je yang suka makan makanan2 rare nie hikhik
ReplyDeleteselamat berpuasa kakak :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/tutorial-wallpaper-lock-screen-gambar.html
ni sambal yang makan dengan nasi ambeng tu ke kak?
ReplyDeleteGood sharing k.sue...cik nor dtg bw pagi 4 ramadan😊
ReplyDeleteSEDAPNYA
ReplyDeleteok note!!! nak cuba juga
ReplyDeletemcm serunding ni... kan?
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️