Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue habiskan stok rebung yang Mak bawakan untuk majlis sambutan raya dan doa selamat hari tu. Sebenarnya Mak ada aja masakkan menu yang sama masa majlis hari tu, pastu tambah lagi rebung rebus buat ulam cicah sambal belacan. Jadi lebihan rebung rebus Kak Sue sayang nak buang, cecepat simpan dalam peti ais. Konon nak masak Masak Lemak Rebung dari hari ke sehari asyik bertangguh. Kali nie bila dah lapang sikit dan tak ada aktiviti kat luar, dapat lah Kak Sue masak Masak Lemak Rebung nie. Jom kita tengok resepinya jom. Mudah sangat resepinya..
Bahan - bahan
1 mangkuk besar rebung - agak-agak aja okay,sebab Kak sue guna lebihan hari tu kan
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
1 keping asam geleugor
1 kotak santan Kara
2 batang serai - diketuk
Sedikit udang sederhana besar - ikut suka, nak banyak mana
Garam secukup rasa
Cara - cara
Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk, Kak Sue kisarkan semua bahan dengan santan
Kemudian Kak Sue tambah tiga cawan air lagi dalam periuk, ikut lah korang nak pekat kuah macam mana tau
Kemudian masukkan serai yang dah dititik dan asam gelugor tadi
Masak sehingga mendidih, kemudian boleh lah masukkan rebung tadi
Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan udang
Biar udang masak sekejap, kemudian boleh lah persakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka
Tutup api, sedia untuk dihidangkan
9 Comments
Sedapnyaa rebung..lama tak makan... Thanks resepi kak :)
ReplyDeletenampak sedap! boleh elsa belajar masak ini hakhak
ReplyDeletewaaahhh. udang dalam masak lemak rebung tu yang mengancam sebenarnya hahahaha. #udanglover
ReplyDeleteSelamat pagi...
ReplyDeletenieyl dtg singgah pagi....
sedapnyaaa
Sedapnya rebung itu. Masak lemak pula tu.
ReplyDeleteAlaaaaaa...lamanya x masak udang macam ni campur rebung...bestnyaaaaa
ReplyDeleteSedapnya kak..tak sabar tunggu 100 hari ;)
ReplyDeletefeveret saya ni kak
ReplyDeleteasalkan udang memg sedaplah jawabnyaaa
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️