Happy Birthday Kakak

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie genap 18 tahun Kak Sue lahirkan satu-satunya anak perempuan Kak Sue, Kakak. Happy Birthday Kakak.. Ibu, Abah dan adik-adik doakan semoga Kakak menjadi seorang anak yang solehah, baik akhlaknya, sihat sentiasa, dimurahkan rezeki, umur yang bermafaat dan dipermudahkan semua urusan Kakak dunia,akhirat.. aamiin ya rabb..

Happy Birthday Kakak
Happy Birthday Kakak

Sambutan Birthday Kakak

Kakak memang seorang anak yang baik, bukan lah nak memuji anak sendiri tapi hakikat. Ecewah, ayat kemahin ya, ehehe.. Kakak seorang anak yang ringan tulang, bertimbang rasa dan cermat orangnya. Kakak lah jadi peneman Kak Sue kat rumah, esok kalau dah sambung belajar tak tahu lah.. sunyi rasanya.. Kebanyakan kerja rumah Kakak banyak membantu. Kakak memang sendari kecil tak banyak kerenah dan masalah. Memang sejuk hati kami.. teruskan lah macam nie ya nak..

Happy Birthday Kakak

Sempena birthday Kakak hari nie kami sekeluarga dah plan kejutan untuk Kakak. Kak Sue dan Abang Man senyap-senyap ke Melawati Mall nak tempah tempat makan di restoran Korea Soopong untuk Kakak. Kakak memang peminat drama dan artis Korea, sampai ibu sekali lah terjebak drama Korea dah.. hahaha! Jadi pada hari istimewa nie, kami nak gembirakan hati Kakak. Lagipun Kakak mahupun kami belum pernah lagi rasa masakan Korea nie. Semoga hari ini menjadi kenangan manis dalam hidup Kakak.. Nanti nest entri Kak Sue kongsikan cerita Restoran Sopoong pula ya.. tunggu!

Happy Birthday Kakak

Kak Sue juga ada buat tempahan kejutan dari mak su Kak Sue, dari Gift Valet perkhidmatan kejutan hari jadi. Yang nie pun gigih Kak Sue planning dengan Mak Su Kak Sue, Alhamdullilah menjadi kejutan kami, terima kasih ya Cu! Nanti Kak Sue kongsikan juga perkhidmatan kejutan dari Gift Valet juga ya. Sekali sekala kan kita belanja lebih sikit untuk kegembirakan hati anak-anak. Dapat pahala tau, rezeki pun bertambah murah. Tak percaya cuba korang belanja keluarga keluar makan sekali-sekala, lepas tu mesti ada rezeki lain masuk tau. Alhamdullilah, akhirnya selesai sudah semua birthday plan Kakak hari nie. Ibu puashati sangat tengok Kakak tersenyum bahagia.. Sekali lagi, Happy Birthday Kakak, kami sentiasa sayangkan Kakak.. muah!

Post a Comment

2 Comments

  1. Meriahnya sambutan besday kakak. Semoga kakak terus berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday ! Sama zodiak dgn saya ni. Leo hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️