Kenangan Sukan SEA 2017 - 3

Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah, untuk final game bola sepak semalam kami masih diberi rezeki dan peluang berniaga di Stadium Shah Alam. Sehari sebelumnya Kak Sue dan Abang Man ada ke stadium buat pembayaran tapak, memang ramai peminat bola mula beratur seawal pagi katanya nak dapatkan tiket final bola. Kesian pun ada dengan cuaca panas dengan berimpit ramai macam tu, tapi nak komen pasal penjualan tiket pun Kak Sue tak pandai sangat. Cuma patutnya kena ada sikit penjualan tiket secara online, jadi tak ada lah jadi macam sehari sebelum final tu kan.. Apapun berniaga di acara final bola sepak kali nie juga menjadi satu kenangan Sukan SEA 2017 kepada kami semua peniaga kiosk Stadium Shah Alam..

Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017

Kenangan Sukan SEA 2017

Macam biasa lah bila berniaga kiosk dalam stadium nie, macam Kak Sue pernah kongsikan sebelum nie. Syarat yang ditetapkan kena ikut, kebersihan kena jaga. Pembayaran tapak kisok pula kena buat sehari sebelum. Walaupun ada antara game yang kami dapat berniaga dapat panggilan dalam masa yang suntuk juga, tapi cuba lah juga memenuhi syarat tu. Kalau nak sesuatu peluang tu kena lah berusaha dan berkorban sikit kan.. huhuhu..
Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017
Bayangkan kadang kami nak kena berulang alik beberapa kali dari Rawang ke Shah Alam semata-mata untuk buat bayaran sebelum game mula. Bukan apa, nanti kalau tak ikut peraturan bila masa datang nak berniaga, dah tak dibenarkan masuk pula kan.. dah satu masalah! Walau pun macam tu macam Kak Sue kongsikan sebelum nie juga pengurusan Stadium Shah Alam memang bertambah baik dari sebelum nie. Memang banyak memudahkan urusan peniaga, keselamatan dan masalah peniaga 'Rambo'. Berniaga pun tak ada lah stress sangat macam sebelum nie.. ehehe..

Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017
Berbalik pada Sukan SEA walaupun Malaysia kalah di tangan Thailand, tapi bagi Kak Sue pasukan Malaysia dah buat yang terbaik dah. Tak perlu lah kut kita salahkan mana-mana pihak hanya dengan satu kesilapan kan. Ingat senang ka nak mantain dengan letih ada perlawanan selang sehari tu.. huhuhu.. Apapun malam nie adalah penutup bagi Sukan SEA 2017 yang ke 29 di Stadium Bukit Jalil. Lepas nie tak ada dah lagi Kak Sue berniaga setiap minggu. Terima kasih Stadium Shah Alam kerana memneri peluang kepada kami. Jumpa lagi nanti di Piala Malaysia, papai!

Malaysia Boleh! Bangkit Bersama!


Post a Comment

2 Comments

  1. Pengalaman berniaga yg menarik ni kak Sue sbb lepas ni nak tunggu Sukan SEA di Malaysia entah berapa tahun lagi lah agaknya. Cuma tak dpt pergi ke sana smm waktu sukan nilah pulak mcm2 benda dtg kene settle adehh.. bnyk tengok di tv dan dgr keputusdan je hehee. Salam berblogging :)

    ReplyDelete
  2. kagum dengan orang yang sanggup dtg ke stadium untuk sokong

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️