Kenangan Sukan SEA 2017

Assalamualaikum, hai semua! Beberapa hari lepas kami berpeluang lagi berniaga di kiosk Stadium Shah Alam, Alahmdullilah. Tinggal berbaki beberapa game lagi yang akan berlangsung disini. Apapun kami sekeluarga bersyukur masih diberi peluang dan rezeki berniaga di kiosk Stadium Shah Alam sempena Sukan SEA 2017. Masa dah habis berniaga dan kami bergerak keluar ke stadium Kak Sue ternampak cawan gambar Sukan SEA di kiosk 100 Plus, macam menarik lah pula kan. Teringat pula nak belikan untuk anak-anak sebagai kenangan Sukan SEA 2017. Bukan setakat kenangan berniaga di Sukan SEA tapi ada juga barang yang boleh kita jadikan sebagai kenang-kenangan satu hari nanti kan. Kak Sue beli satu setiap orang.. Adik lah paling seronok..

Kenangan Sukan SEA 2017

Agak kelam kabut juga sebenarnya masa pertama kali kami berniaga untuk Sukan SEA nie, sebab dapat peluang pada masa yang sangat suntuk. Maklumlah penyediaan barang berniaga nak kena sediakan seawal pagi, kami dapat tahu boleh berniaga dah petang dah.. Nasib baik lah semua berjalan lancar, syukur dengan rezeki yang Allah dah tetapkan pada hari tu.. Dah terpilih sebagai salah seorang peniaga pun dah cukup syukur dah


Harap untuk game yang masih berbaki kami masih dapat peluang berniaga lagi di stadium Shah Alam. Maklum lah kali nie undang-undang untuk peniaga lebih ketat daripada biasa. Sukan SEA adalah satu acara besar kan, nanti kalau ada perkara yang berbangkit nama Malaysia bakal terpalit sekali. Sebelum nie pun rasa macam ada juga isu kan, Kak Sue pun tak ada ambil tahu sangat. Cuma dengar Abang Man berkongsi masa kami berbual santai hari tu. Harap lepas nie tak ada lah isu-isu yang boleh memburukkan nama Malaysia. Kita cool-cool sudah okay.. ehehe.. Semoga kami masih diberi peluang dan rezeki nanti.. aamiin ya rabb.. !


Post a Comment

7 Comments

  1. aamiin..
    in shaa Allah kak, semoga bertambah rezekinya ya

    ReplyDelete
  2. Teringat waktu sukan sea 2001. Wakil sekolah acara pembukaan. Tapi tahun ni punya pembukaan lagi canggih

    ReplyDelete
  3. Yesss mug for sentimental valuekan SEA Games bukannya selalu

    ReplyDelete
  4. Semoga kak sue dimurahkan rezeki berniaga kat stadium...

    ReplyDelete
  5. baju sukan sea ada jual ke

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️