Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue dan anak dara Kak Sue yang sorang tu Kakak, memang minat layan cerita drama Korea. Sampaikan kami jadi terpengaruh nak rasa makanan Korea sebab nampak sedap aja semua. Kak Sue pernah cuba masak Topokki vesri Melayu, sakan Kakak makan. Bulan lepas sempena birthday Kakak, kami sekeluarga buat kejutan untuk Kakak makan-makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall. Seronok sangat Kakak hari tu..

Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall

Restoran Korea Sopoong di Melawati Mall

Ini kali pertama kami sekeluarga merasa masakan Korea. Sebelum nie Kak Sue dah peratikan dah restoran nie masa Kak Sue ada kerja review di Melawati Mall nie.Dah cakap dengan Abang Man nanti boleh kita bawa anak-anak makan kat sini, Kakak kan suka makanan Korea. Alhamdullilah, kejutan sambutan birthday Kakak hari tu berjalan lancar di Restoran Korea Soopong di Melawati Mall nie. Sehari sebelum tu Kak Sue dan Abang Man dah tempah meja dan makanan, terima kasih kepada staff yang melayan kami dengan baik dan mesra..

Selain dari makan-makan kat sini, korang juga boleh tapau Kimchi atau beli barangan dari Korea sebagai buah tangan atau kenang kenangan. Dah tak payah susah nak ke Korea dah kan.. ehehe..

Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall


Sebelum sampai ke sini, staff dari Restoran Sopoong dah call Kak Sue nak confirmkan sampai pukul berapa, nak sediakan makanan sekarang atau masa Kak Sue sekeluarga sampai nanti. Kak Sue pilih sediakan bila kami sampai nanti lah, makan panas-panas lagi sedapkan. Kami order Bulgogi Hot Pot dan kami tambah Gimbap dan nasi juga air  untuk hidangan kami hari tu. Kat sini free side dishes dan free refill tau,makan sampai puas. Jom tengok set yang kami order tu jom..

Bulgogi Hot Pot - RM105.90


Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall 


Antara set yang ada ialah Bokkeum Udon, Kimchihijeon, Topokki, Gyeranjjim, nasi dua dan air green tea dua, boleh pilih panas dan sejuk.

Gimbap

Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall


Yang nie Kak Sue add on teringin nak rasa dan tak ada dalam set Bulgogi tadi. Sedap tau korang.. Nasi pulut yang dibalut dengan rumpai laut, sayur dan seafood.

Haa.. set yang kami order nie, boleh makan untuk empat orang tapi kami makan untuk tujuh orang. Termasuk Kak Jam dan Along, kakak ipar dan anak buah Kak Sue. Tu pun jenih nak habiskan siap tapau lagi tau yang tak habis tu. Jangan membazir wei.. ehehe..

Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall

Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Makan-Makan di Restoran Korea Sopoong Melawati Mall
Layanan kat sini memang best, cepat dan mesra. Kakak siap dapat hadiah key chain dari Bos Sopoong dan Adik dapat susu pisang free. Kalau korang mencari kat mana nak makan makanan Korea yang sedap dan best Kak Sue cadangkan korang ke Restoran Sopoong nie tau, pasti puashati. Lagi satu korang jangan bimbang, kat sini semua makanan dijamin Halal dengan sijil halal yang ada dilekatkan di kaunter. Jumpa lagi korang, selamat mencuba.. papai!







Post a Comment

4 Comments

  1. lepas makan ade singgah IKEA tak kak ? hee~

    ReplyDelete
  2. wahhhhh sedapnya. Mcm² ada rupanya erk. sushi nmpk menarik tu kak.

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa ~ Lama dah tak makan Korea :)

    ReplyDelete
  4. saya peminat makan korea jugak. follow sis sini. jum singgah blog saya https://beehaazman19.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️