Muzium Tentera Darat di Port Dickson

Assalamualaikum, hai semua! Hari tu masa Kak Sue sekeluarga bercuti ke Port Dickson berapa kali dok lalu lalang Muzium Tentera Darat. Macam menarik aja, anak-anak pun ada cakap nak ajak singgah nanti. Lepas kami sekeluarga check out dari hotel, sebelum balik kami singgah dulu Muzium Tentera Darat di Port Dickson sebagai kenang-kenangan percutian pendek kali nie..
Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson

Muzium Tentera Darat di Port Dickson

Kalau kita tengok permandangan dari luar Muzium Tentera Darat nie memang dah teruja nak masuk tengok apa lagi yang menarik kat dalam sana. Pintu masuk muzium ada deretan meriam dan kenderaan tentera. Dah habis berjalan di bahagin luar korang boleh teruskan ke dalam bangunan yang dijadikan muzium pameran dari era kesultanan melayu sampai lah ke era Tentera Darat hari nie

Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson


Ada banyak bahagian dan segmen pameran korang boleh tengok kat sini. Dari peperangan dari zaman kesultanan Melayu, penjajahan British, penjajahan Jepun, Komunis dan sejarah wira-wira yang terkorban dalam mempertahan negara kita. Semuanya cerita tentang ketenteraan, memang menarik cerita sejarah ketenteraan yang ada kat dalam tau..

Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson


Yang paling menarik ada terowong komunis yang dibina kat sini. Memula rasa gerun juga Kak Sue nak masuk ke dalam, sebab dari luar nampak gelap aja terowongnya, tapi tengok Abang Man dan anak-anak selamba ja masuk ke dalam Kak Sue pun ikut dari belakang. Dalam terowong nie ada lampu rupanya, tak ada lah gelap pun. Masa Kak Sue pergi nie hari biasa bukan cuti sekolah jadi agak lengang dan sunyi lah. Dalam nie korang boleh tengok pakaian tentera, senjata, peralatan mereka gunakan dalam peperangan dan macam-macam lagi. Di hjung jalan terowong nie bila keluar aja, ada beberapa cafe dan gerai untuk korang berhenti berehat nak minum atau nak makan pun ada

Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson


Kemudian korang boleh sambung lagi di bahagian luar bangunan muzium ada pameran kenderaan tentera seperti Jep, Kereta Kebal, Deretan motor model lama, Kapal Terbang Lama dan macam-macam lagi. Memang menarik sangat dapat tengok kenderaan lama nie. Kalau korang bercuti ke Port Dickson jangan lupa singgah Muzium Tentera Darat nie ya, memang banyak cerita dan peristiwa yang dikongsikan kat sini..

Muzium Tentera Darat di Port Dickson
Muzium Tentera Darat di Port Dickson

Muzium Tentera Darat
Masuk
Percuma

Buka
Rabu - Ahad
10.00 pagi - 5.00 petang

Alamat
Muzium Tentera Darat
Kem Si Rusa
Persiaran Pahlawan
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan


Post a Comment

8 Comments

  1. Tak pernah lagi singgah sini, pernah pergi yang dekat KL Base punya. Thanks kak aida, insyaAllah nak singgah :)

    ReplyDelete
  2. Kalau bab muzium2 ni Dania suka la kak sue..rasanya dia lom pernah masuk kat sini lagi...nanti bleh la bawak dia..

    ReplyDelete
  3. Byk kali p PD..xperasan. insyaallah lps ni boleh singgah

    ReplyDelete
  4. Menarik juga kak muzium ni ye. Rugi pula tak singgah sini masa ke PD hari tu. Next time boleh plan semula ke sini. Syafi mesti suka.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah masuk lagi dalam ni. setakat lalu je kalau pergi PD

    ReplyDelete
  6. wow menarik ni.
    kalu bwk anak2 dara aida. and izzat. mesti diorang excited!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️