Koleksi Buku Cerita Seram Lagi

Assalamualaikum, hai semua! Tambah koleksi buku cerita seram lagi Kak Sue baru-baru nie. Sebenarnya sebelum nie Kak Sue ternampak kawan kat Facebook kongsi buku cerita seram nie. Cuma masa tu belum ada masa nak cari atau kadang tu bila ke kedai buku lain pula yang dicari lupa pula nak cari buku yang Kak Sue nak. Kebetulan nak cari buku latihan untuk Abang Tihie, Kak Sue ambil kesempatan lah cari tajuk buku yang dikongsikan oleh kawan Kak Sue tu, nasib jumpa..

Koleksi Buku Cerita Seram Lagi
Koleksi Buku Cerita Seram Lagi

Koleksi Buku Cerita Seram Lagi

Kak Sue nie sebenarnya bukan berani sangat pun, penakut! Tapi Kak Sue minat sangat buku cerita, cerita kat TV atau movie seram. Macam koleksi buku cerita seram kali nie, tajuk pun boleh tahan juga seramnya. Pada Kak Sue lah kan, dah nama pun penakut, hahaha! Kak Sue beli dua buah buku kali nie di kedai buku Popular, satu bertajuk Kakak Kemboja dan satu lagi Uwan Konah. Haaa.. seram ka tak seram.. ehehe..

Kak Sue baru baca buku Kakak Kemboja, tu pun Kak Sue tunggu Abang Man temankan dan baca siang hari. Malam memang takan baca, nanti ada yang tak boleh tidur dan bergerak.. hahaha! Kakak Kemboja nie mengisahkan Siti dan anaknya Johari telah dihalau keluar oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bermula dari detik itu lah hidup mereka diganggu oleh berbagai misteri. Satu bab ke bab yang lain memang buat kita nak baca dan baca lagi. Tak tau lah Kak Sue ambik masa berapa lama nak habiskan buku nie, baca kejap bila takut berenti dulu.. hahaha!

Buku Uwan Konah Kak Sue belum baca lagi, tapi baca sinopsis buku cerita nie mengisahkan Munah yang diganggu dengan saka yang memaksanya menerima belaan warisan itu. Haih, menyeramkan juga lah kan baca sinopsis pun. Jenis nak paksa-paksa yang takut nie kan.. huhuhu! Tunggu Kak Sue habiskan dulu buku Kakak Kemboja baru sambung habiskan Uwan Konah pula. Buku yang sebelum nie pun semua baca separuh-separuh aja. Nie rasanya banyak masa terluang boleh lah habiskan semua nanti. Okay lah korang setakat nie dulu, kita jumpa lagi nanti, papai!


Post a Comment

9 Comments

  1. Banyak juga koleksi buku Seram kak sue ye.. mama pun Ada time suka baca citer Seram. Lepas baca takut nk g bilik air haha

    ReplyDelete
  2. Wahhh.... LeYa pun kadang suka jugak dengan cerita-cerita seram ni.. Pun begitu ade sedikit takut jugak...heheh... kene lah En Otomen teman nanti..hehe..

    ReplyDelete
  3. Dah lama xbaca novel. sy pun suka novel cerita seram. Kdg ralit lepastu jadi terbawak². heheheh

    ReplyDelete
  4. Banyak dah novel seram ni kak. Ana tak sempat nak beli lagi. Nak cuba baca satu lah nanti.

    ReplyDelete
  5. takut nak baca buku seram sbb selalu duduk rumah sorang2 ,hahaha

    ReplyDelete
  6. Idoklah saya baca novel seram nih kak oi

    ReplyDelete
  7. saya suka gak kak.. tp penakut. .hahaha

    ReplyDelete
  8. Kakak kemboja tu best.. Sha dah baca.. Yang Uwan Konah tu belum beli lagi..

    ReplyDelete
  9. saya jarang bce cite seram..komik seram sye bce le..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️