Assalamualaikum, hai semua! Deko dapur dah siap! Sebelum nie Kak Sue ada kongsikan kat sini nak deko dapur Kak Sue kan. Punya lah lama nak siapkan deko tu sebab masa tak mengizinkan. Kadang bila Kak Sue free, Abang Man pulak sibuk. Kak Sue bukannya pandai nak pasang wall paper semua tu, nanti benda sekejap boleh selesai jadi seharian sebab Kak Sue jenis nak teliti dan sama semua, nanti herot sikit dah buka balik. Jadi bagi menyelamatkan keadaan, Kak Sue suruh Abang Man yang pasang.. hahaha!
|
Deko Dapur Dah Siap |
Deko Dapur Dah Siap
Akhirnya deko dapur Kak Sue dah siap, tapi masih ada lagi yang Kak Sue nak tambah sikit-sikit lagi nanti. Bahagian sinki Abang Man pasangkan wall paper dari Kaison, lepas tu Kak Sue minta Abang Man pasangkan rod nak gantung periuk tu kan letak la sekali pokok kat situ bagi nampak dapur tu sejuk mata memandang sikit kan. Nie semua terpengaruh deko-deko kat IG la nie.. ehehe.. Frame gambar tu pulak Kak Sue beli kat Romatika Shah Alam masa bulan puasa, masa tu ada sales. Rasanya bawah RM10 atau RM20 aja. Romatika pun banyak juga pilihan frame atau barang deko rumah dan harga pun sangat berpatutan
|
Deko Dapur Dah Siap |
Bahagian dapur pulak Kak Sue suruh Abang Man pasang wall paper yang Kak Sue beli online. Beli kat IG korang, sebab berapa kali pergi kedai RM2 asyik habis stok ja. Kebetulan masa Kak Sue scroll IG nampak ada orang jual, jadi Kak Sue terus order. Wall paper yang nie boleh tarik satu-satu dan lekat ikut suka kita mana nak lekat. Boleh lap dan tahan air, harga pun kalau ikutkan tak sampai pun RM5, tapi cantik tau! Suka sangat..
|
Deko Dapur Dah Siap |
Baru-baru nie ada beli rak kat
Ikea, rak tu khas untuk barang baking kut nanti atau barang-barang masak. Dapur bahagian belakang macam dah tak nampak rupa dapur dah, dah macam stor pun ada. Sakit mata dan sakit hati dah tengok. Nanti nak kena tunggu Abang Man free, baru minta tolong pasangkan. Macam biasa dah siap, Kak Sue kongsikan kat sini tau. Yang nie tak tau lah berapa lama pula nak tunggu, hahaha! Okay lah korang, harap dengan perkongsian Kak Sue nie bei korang idea dan minat nak deko rumah juga. Kak Sue bukanlah hebat sangat, tapi macam Kak Sue pernah cakap kat sini kita deko ikut mana kita rasa selesa, cantik kat mata kita dan yang kita mampu. Bila rumah cantik dan bersih, hati pun tenang dan seronok kan. Jumpa lagi nanti, papai!
27 Comments
Cantik kak sue delo. Pandai kak sue matching Kan semuanya.. hasilnya mmg tiptop
ReplyDeleteTerima kasih Addah.. Kak Sue memang suka deko-deko.. ehehe..
DeleteCantik Kak Sue :)
ReplyDeleteSetuju cakap Kak Sue. Deco rumah atas apa yang kita suka, asalkan cantik di mata dan mampu untuk kita beli :)
Terima kasih Siqah.. itulah, kalau pandai mix n match boleh cantikkan rumah kita kan.. :)
Deletecantik kemas jer nampak..hihi
ReplyDeleteTerima kasih.. nie tengah kemas, tengah sepah belum tengok lagi.. hihihi..
Deletenanti meriah dapur kak sue. comey, sedap nak melepak ni.. hehe
ReplyDeleteKak Sue suka dapur kemas dan selesa, nak buat kerja pun seronok.. kan.. ehehe..
Deletecomel deko kak sue. warna biru tu pun dah sejuk mata memandang. ada pokok comel, lagi sejuk mata.
ReplyDeleteTerima kasih Ainniah, kan.. Warna biru tenang dan sejuk, tapi kan pokok tu pokok tipu-tipu aja.. hihihi..
DeleteWahhh cantik dh dapur kak sue. Kemas sangat. Makin bersemangat lah nak memasak lps ni kak sue.
ReplyDeleteTerima kasih Ana, ala nie tengah kemas Ana, tengah sepah belum tengok lagi. Kadang hilang juga semangat Ana, datang penyakit malas.. hihihi..
Deletekak sue... meh la dtg rumah tolong jadi penasihat.. hahaha. tapi akak kena pengsan dulu la tengok rumah..
ReplyDeleteHahaha.. amboi penasihat lagi tu, ala Kak Sue pun kadang rumah sepah juga la Ita.. Jom kita pengsan sama-sama tengok rumah kita.. hahaha..
DeleteWalaupun simple tapi cantikla. Macam nak buat je. Tapi tunggu rumah sendri dulu
ReplyDeleteTerima kasih Kin, Kak Sue suka deko yang simple-simple. Buat lah Kin, Kak Sue doakan semoga Kin dapat beli rumah tak lama lagi ya.. aamiin ya rabb..
DeleteLawoo dapo!
ReplyDeleteSimple tapi kemas dan cantik
ReplyDeleteWah cantiknya kak sue. Saya tgh proses deko dapur tp kaler pink..hahaha
ReplyDeletesejuk mata memandang dapur kak su. Patutlah rajin masak dapur cantik hehe
ReplyDeleteComel.dan cantik la dapur kak sue.. liez nak jugak deco dapur tapi hubby xbg...
ReplyDeletecantik kak sue, biru pulak tu..hehee..yang tingkap tu terbuka ke tertutup tu..
ReplyDeletenice deco
ReplyDeletecantik. mmg suka kaler biru ye..
ReplyDeleteSama dengan saya kalau nak deco2 ni baik mintak tolong en. Hubby buatkan sebab kalau saya yang buat mahu bukak pasang, bukak pasang balik tu.. hehehe..
ReplyDeleteCantiknyaa dapur kak sue..
ReplyDeleteSuka tengok colour biru tu..
Husniey ni yang jumpa masa kat Cook Show tadi.. Heee rupanya dah follow blog kak sue.. 😂
Ingat ingat lupa.. Nice to meet you 😘
cantiknya kaler biru..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️