Cerita Tentang Blogger Azlinda Azman

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak sembang santai cerita tentang salah seorang kawan blogger Kak Sue yang murah senyuman dan baik hati. Cerita Tentang Blogger Azlinda Azman, wah kemahin tajuk kan.. ehehe.. Kak Sue baru kenal Linda beberapa tahun nie aja, masa tu kami dalam group blogger yang sama tapi rasa macam lama pula kenal. Linda banyak bantu kalau ada yang Kak Sue tak faham pasal blog. Memang rasa selesa sangat berkawan dengan Linda dan dah beberapa kali jumpa di event dan ke rumah Linda bila ada jemputan majlis atau hari raya..

Cerita Tentang Blogger Azlinda Azman
Cerita Tentang Blogger Azlinda Azman - Nie la Linda aka Alin

Cerita Tentang Blogger Azlinda Azman

Jom Kak Sue nak bercerita lagi tentang Blogger Azlinda Azman nie jom, rata-rata kami yang blogger nie panggil Linda aja. Tapi ada yang kenal Linda dengan Azlinda Alin kan? Alin tu sebenarnya nama panggilan family ja, senang sedara mara nak cari kata Linda. Linda Ibu yang bekerjaya, mempunyai tiga orang anak dan suami yang sentiasa menyokong minat Linda sebagai blogger. Depa baru ja balik dari bercuti dari Bali nie, hadiah dari Friso Gold Malaysia.. best kan! Percutian di taja gitu, hasil dari ber blogging.. Hebat kan..

Cerita Tentang Blogger Azlinda Azman
Cerita Tentang Blogger Azlinda Azman - Happy Family
Pada pendapat peribadi Kak Sue tentang Linda, beliau seorang yang sangat komited dengan kerja. Baik kerja hakiki atau dalam blogging. Selalu siap kerja dan task dalam waktu yang ditetapkan, kadang dalam dok menunggu di kaunter pun Linda boleh siapkan satu entri. Sebab tu blog Linda antara blog yang menjadi rujukan untuk Kak Sue. Banyak tau Kak Sue belajar dari blog Linda, suka sangat baca cara penulisan Linda, santai dan tak boring baca. Linda jenis tak suka kusut benda remeh temeh, tak suka bercerita pasal orang dan Linda pandai cari duit lebih.. ehehe.. Kak Sue bab berniaga nie memang sokong sangat lah. Linda ada jual barang juga secara online tau. Antaranya Yasin Comel, Shaklee dan beberapa produk lagi lah. Korang jangan lupa tau support Linda berniaga nie..

Cerita Tentang Blogger Azlinda Azman
Cerita Tentang Blogger Azlinda Azman - nie kami lah nie..ehehe..
Akhir sekali, Kak Sue harap persahabatan antara kami akan kekal selamanya. Sayang tau hilang kawan yang baik, memahami, sentiasa membantu dan menyokong kita dalam semua keadaan pun. Kira bukan setakat kawan blogger, tapi kawan ketika ketawa dan sedih.. haaa.. macam tu. Kak Sue yakin kalau dalam kalangan blogger memang kenal dah Linda nie, tapi bagi yang masih belum kenal korang boleh singgah di blog Linda www.azlindaalin.com tau. Banyak info dan cerita menarik di blog Linda. Okay lah setakat nie dulu sembang Kak Sue kali nie, jumpa lagi korang.. papai!


Post a Comment

9 Comments

  1. Kak Linda memang sahabat yang baik. Suka membantu

    ReplyDelete
  2. Kan Kak Sue..walau apa pun yang berlaku sebelum2 ni Linda tetap dengan ramah mesra dia kan...sebab tu semua blogger selesa dengan dia..

    ReplyDelete
  3. Santai2 Dan bestlah review kak sue. Memang betul Dan benar yg kak sue tulis ni. Saya pun Rasa yg sama

    ReplyDelete
  4. Betul kak kita kenal di sebuah komuniti blogger hingga kini silaturrhim terjalin. Syukur dapat kawan macam akk. Sentiasa support dan juga byk berikan nasihat

    ReplyDelete
  5. setuju dengan kak su. miza pun suka dan selesa berkawan dengan otai blogger kak su dan kak linda banyak ilmu miza nak kutip ne

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dipertemukan dengan sahabat2 yg baik hati seperti kak linda. Tak lokek dgn ilmu dan sentiasa berkongsi dgn kami semua.

    ReplyDelete
  7. bestnye. teringin jugak nak jumpe blogger lain. setakat ni baru jumpe a few. ray follow sini tau #378.

    jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  8. kan kak sue.. jue pun banyak kali jugak serempak mommy linda ni dekat event

    ReplyDelete
  9. antara moment best dapat kenal linda dan kak sue.. alhamdulillah still support each other..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️