Assalamualaikum, hai semua! Beberapa minggu lepas Kak Sue sekeluarga sempat lah jalan-jalan pusing ke Jambatan Teringgi di Malaysia Rawang Bypass. Tak jauh pun dari rumah Kak Sue kalau ikut Highway Latar. Lepas kami makan-makan tempat biasa Cendol Bawah Pokok, Abang Man saja bawa kami pusing-pusing ke Jambatan Tertinggi di Malaysia, macam menarik ja tengok dari jauh. Kereta pun banyak bersusun tepi-tepi jalan nak tengok pemadangan dari atas kan..
Kalau dari Latar Highway, korang kena buat u-turn untuk naik ke jambatan. Kebetulan masa kami sekeluarga pergi sana, hujung minggu. Kereta pun banyak sikit lah, semua pakat nak naik atas nak tengok pemandangan dari Jambatan Tertinggi di Malaysia. Kak Sue tak tahu lah dapat nak turun dari kereta atau tak, sebab Kak Sue gayat orangnya.. mau berpeluh tapak tangan dan kaki jap lagi.. hahaha..
Jalan pintas Rawang sepanjang sembilan kilometer nie bakal menjadi mercu tanda baru negara kita sebab jambatan nie mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Projek jambatan nie menelan belanja RM628 juta menggunakan teknologi dari Eropah. Mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017, sumber nie Kak Sue baca di Kosmo Online. Banyak juga kos nak siapkan jambatan nie ye.. huhuhu.. Katanya jambantan nie dapat kurangkan sesak di kawasan Rawang. Harap macam tu lah..
Sampai aja kat atas jambatan, bahagian tengah tu.. ternyata Kak Sue tak mampu nak keluar. Dah mula rasa berpeluh dan cemas, penyakit gayat dah datang.. hahaha! Abang Man dan anak-anak aja keluar tengok-tengok pemandangan dari atas. Siap bergambar bagai, dah puas depa tengok pemandangan kami pun terus jalan ke depan lagi sebab nak pusing balik kan. Dekat-dekat situ memang tak ada jalan untuk buat pusingan U. Tak apa lah, boleh kita ronda-ronda petang.. ehehe..
Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass - patah balik nie, nak hujan.. |
Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass - betul-betu kat tengah jambatan |
Sampai aja kat atas jambatan, bahagian tengah tu.. ternyata Kak Sue tak mampu nak keluar. Dah mula rasa berpeluh dan cemas, penyakit gayat dah datang.. hahaha! Abang Man dan anak-anak aja keluar tengok-tengok pemandangan dari atas. Siap bergambar bagai, dah puas depa tengok pemandangan kami pun terus jalan ke depan lagi sebab nak pusing balik kan. Dekat-dekat situ memang tak ada jalan untuk buat pusingan U. Tak apa lah, boleh kita ronda-ronda petang.. ehehe..
Lepas kami pusing balik, Abang Man berhenti lagi kat tengah jambatan nak tengok pemandangan sebelah sini pulak. Hadoi la, yang kita takut tapi nak tengok juga. Akhirnya turun la sekejap sambil terjerit kegayatan, sempat snap gambar Abang Man lagi tau. Takut-takut berani katanya.. hahaha! Bagi korang yang nak balik kampung, rasa Kak Sue ke Perak dan Pahang boleh lalu sini kut. Tak payah tempoh pekan Rawang dah. Pekan Rawang tu kalau jem boleh tahan tahap nak muntah juga.. Mana yang belum datang nak tengok pemadangan dari atas nie, boleh lah datang, jambatan dah siap dah wei.. hahaha! Jangan lupa selpie.. jumpa lagi, papai!
29 Comments
Liez merasa naik hr kedua pembukaan highway ni... excited habis...
ReplyDeletewaaaa.. bestnya... tak penah lalu lagi.. tapi mesti cuba lalu ni...
ReplyDeleteklu nieyl pun x boleh..rasa nak pitam tgk tempat tinggi cmtu..
ReplyDeletebla la blh g sana..:)
ReplyDeleteTak pernah lagi lalu situ.. Teringin sgt nak lalu jambatan tertinggi di Malaysia ni...
ReplyDeletesaya pun jenis gayat hehe..mau merangkak atas tu kang. hehe btw, good job JKR fot this bridge !
ReplyDeleteGayat rupanya kak sue ye. Ana kalau mcm ni ok lg. Kalau diri dkt tempat tinggi bercermin tu ana kurang sikit.
ReplyDeleteTak lalu lagi lah kat sini. Nampak cantik je view sepanjang jln tu ye kak.
Tak pernah lalu lagi baru siapkan. Boleh trylah nanti masa nak balik kampung
ReplyDeletetak seram ke...
ReplyDeleteseriau saya
Ramai yg posing kat sini Kan. Cantik Sgt gambar kak sue kat sini
ReplyDeleteTeringin betul nak lalu dekat sini, pemandangan best
ReplyDeleteAlaaa awat tak amik gambo pemandangan ke bawah hijau2 tu.. teringin nak tengok.. hihihihi
ReplyDeleteJemput Join Giveaway TB yea.. tarikh tamat 31 dis ni.. hadiah wang tunai untuk dimenangi.. Pemenang dipilih secara random .. sape2 pun boleh jadi pemenang.. syarat tak banyak.. hahaha.. jom2..
ReplyDeletela....dah siap rupanya ..baru ni Sal ada tengok dalam berita tapi tak fokus sangat...nak ajak la anak-anak jalan sana..
ReplyDeleteSeram tengok jambatan ni. Hati-hati memandu ya kak. Tengok pemandangan siang cantik je. Malam-malam tu meremang tak? Hahaha
ReplyDeleteBila la metasa nak lalu sini...tp rasanya tak kot..hahaha
ReplyDeleterasanya lambat lagi nak sampai sini tapi sha rasa kalau sha sampai sini mesti penuh phone dengan gambar pemandangan
ReplyDeleteSA tak pernah lalu sini lagi...rasa nak ajak cik abg tu ikut sini la kalau cuti nanti...nampak menarik
ReplyDeleteeh boleh berhenti dekat tepi ke ? wahhh boleh lah nak cuba lalu nanti kalau ada kesempatan. Tapi tengok mcm seram je >__<
ReplyDeletepernah nampak dr GCE tapi tak berani nak lalu.....cheq gayat huhuhu
ReplyDeleteGayat tak kak lalu situ... Sy tengok tinggi betul highway ni.... canggih betul... Alhamdulillah sudah siap dan boleh digunakan.
ReplyDeletekalau Mai pun gayat nak pandang bawah hihi. memang tinggi jambatan ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Tak lalu lagi area sini. Oh takut gayat ye, kalau naik flight macam mana tu hihi
ReplyDeleteyanmieonline.com
dengar cerita masa mula2 opening dulu, byk jugak org yg terlajak terlepas simpang bagai hahaha
ReplyDeleteLama betul pembinaan jambatan tertinggi ni yer. Amik masa 12 tahun tu. Saya pon gayat jugak kalau tinggi2 macam ni 😁
ReplyDeleteI can't wait to check out that place, such a great view up there.
ReplyDeletelain kali i need to go there explore jugak! macam menarik je.
ReplyDelete4D3N Star Cruise 2017
wow really panjang Jambatan Rawang. Ada place for car stopping?
ReplyDeleteada lalu sini masa belum siap aritu.. seram tengok
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️