Rezeki Musim Hujan

Assalamualaikum, hai semua! Lama Kak Sue tak up date cerita Kelapa Laut Man Java kan. Kami macam biasa masih lagi terima order dari peniaga-peniaga. Setiap minggu atau sekurangnya dua minggu sekali pasti ada order yang perlu kami siapkan dan hantar kepada peniaga-peniaga. Rezeki musim hujan tetap ada, biasa lah setiap hujung tahun dah musim dia kan. Order pun walau masih ada, tapi tak lah dalam kuantiti yang banyak macam bulan puasa atau cuaca panas. Kami sebagai pembekal malah peniaga pun paham. Macam nie lah kan rezeki musim hujan, tak banyak tapi masih ada order kan. Apa pun Alhamdullilah dengan rezeki yang Allah dah tetapkan..

Rezeki Musim Hujan
Rezeki Musim Hujan

Rezeki Musim Hujan

Rezeki musim hujan nie memang kita dah tau dan jangkakan. Setiap tahun melalui pengalaman yang sama. Maklum lah kami kan berniaga air minuman, sejuk-sejuk bukan orang nak minum ais sangat. Jadi bila berniaga tu tak ada lah meriah sangat macam biasa, nasib lah ada berniaga sampingan yang lain. Semua tu Allah dah susun, mungkin musim hujan nie rezeki untuk orang lain pula. Pakat-pakat merasa rezeki di bumi Allah..

Macam hari nie kami buat delivery order ke Kulim dan Johor, peniaga dari Nilai datang pick up sendiri di Teminal Bersepadu Selatan (TBS). Selalunya kami kumpul order sekali baru buat delivery nak jimat minyak kan. Maklumlah minyak dok naik setiap minggu, kena pandai merancang.. kalau tak jenuh lah kami.. huhuhu.. 

Rezeki Musim Hujan
Rezeki Musim Hujan
Ada juga peniaga yang baru nak mula berniaga, tapi Abang Man nasihat mula selepas habis musim tengkujuh. Bukan apa, kalau yang baru nak mula meniaga tu.. kesian sebab tak biasa dengan pengalaman berniaga bila musim hujan nie. Nanti modal terbenam, semangat pun kurang.. dah berniaga separuh jalan. Kalau boleh kami nak bantu peniaga-peniaga baru nie, supaya sama-sama buat duit. Kalau tak dapat hidup mewah pun, janji ada pendapatan masing-masing kan.

Pada yang berminat nak berniaga tu, boleh lah nanti order dengan kami. InsyaAllah, Abang Man akan bantu korang cara-cara nak mula berniaga air minuman nie. Jangan risau khidmat nasihat kami secara percuma, sebab kami percaya kalau kita mudahkan urusan orang.. InsyAllah Allah pun akan mudahkan urusan kita juga. Nanti korang boleh call atau whatapps no 012 5854998 / 012 5844736. Rezeki sama dikongsi.. papai!

Post a Comment

8 Comments

  1. Alhamdulillah,semoga dimurahkan rezeki.:)

    ReplyDelete
  2. Bagus silap abg man yg x kedekut ilmu. Semoga bisnes abg man Dan kak sue bertambah maju

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Semoga rezeki kak sue dan abang man berlipat ganda.. Wahhh... LeYa suka minum air kelapa laut... Nanti nak order boleh lah order dengan kak sue

    ReplyDelete
  4. Semoga di murahkan rezeki kak su sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Moga murah rezeki akk sekeluarga..air kelapa laun Man Java memang best !

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Semoga rezeki akak sekeluarga melimpah ruah

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki kaksu sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. suami saya minat kak.. nanti saya contact2 akak ya.. insyaAllah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️