Assalamualaikum, hai semua! Cuti sekolah yang baru nie Kak Sue sempat bawa Abang Man dan anak-anak
makan-makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Kebetulan ada rezeki dapat voucher dari pihak hotel jadi apa salahnya kongsi dengan keluarga tersayang kan. Sebenarnya plan nak pergi makan-makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam nie masa birthday Adik hari tu, tapi tetiba tukar plan sebab balik kampung ziarah Adik Kak Sue masuk wad. Jadi sempena cuti sekolah hari tu dapat lah bawa Abang Man dan anak-anak makan kat sana, Alhamdulillah..
|
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Memula Kak Sue plan makan-makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam nie untuk menu
BBQ Dinner tapi memandangkan voucher dah nak tamat tempoh dan hanya untuk hujung minggu sahaja. Jadi Kak Sue ambik set
Thai Fusion, makanan Thai. Kita rasa masakan Thai kat hotel pula kali nie. Kak Sue tempah meja untuk kami sekeluarga lima orang, hari biasa dan plan lepas makan-makan tu nak pergi layan movie pula. Adik dah tak habis-habis bertanya bila nak tengok movie. Dah alang-alang Abang Man tengah free nie Kak Sue plan semua untuk hari nie. Sambil kita keluar makan layan movie terus..
|
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
|
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Sampai dekat hotel dah 12 lebih, sebab Kak Sue ambik untuk lunch kan. Dah tersedia dah meja untuk kami sekeluarga. Rasa macam banyak juga meja yang dah ditempah kali nie. Memula macam tak ramai, sekali tak lama lepas tu penuh juga lah dewan makan, meriah! Sementara tunggu makanan kami disedaikan, Kak Sue saja tanya dalam set yang Kak Sue order nie ada desert tak. Sekali tak ada lah pula, jadi Kak Sue add on aja. Takut anak-anak nak makan buah dan desert kan, sesekali berbelanja untuk keluarga apa salahnya..
|
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Tak lama pun pihak hotel ambik masa nak sediakan makanan yang Kak Sue order, panas-panas lagi. Portion macam banyak juga lah, sampai tak larat dah nak habiskan makanan. Menu yang disediakan dalam set nie Nasi Putih, Sup Ekor Serai Ketuk Ala Thai, Ayam Paprik, Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai Bersama Mangga, Udang Paprik Bersantan Ala Thai dan akhir sekali Asparagus Goreng Belacan. Nasib boleh tapau, tu pun Kak Sue tengok meja sebelah yang tapau dulu, lelaju Kak Sue pun tapau juga. Sayang tau, banyak lagi yang tak habis
|
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
|
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
|
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam |
Alhamdullilah, akhirnya termakbul juga niat Kak Sue nak bawa keluarga datang makan sini kali kedua. Cuma ingat nak menu yang lain, tapi tak apa InsyAllah ada rezeki lain nanti di masa akan datang. Terima kasih Hotel Grand Bluewave Shah Alam, lain kali jemput lah Kak Sue lagi.. ehehe.. Korang kena datang makan kat sini tau makanan semua sedap-sedap. Layanan pun sangat baik dan mesra. Memang recomended sangat.. Sampai sini dulu entri makan-makan kali nie, jumpa lagi.. papai!
Baca juga :
New Year Eve Dinner di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
6 Comments
Meleleh air liur tgk makanan akak
ReplyDeleteWah sedapnya kak. Nak try menu lunch pula lah lepas ni.
ReplyDeleteYa Allah sedapnya kejadiannya makanan kat blue wave.. jilat Hari dah ni
ReplyDeleteWah sedapnya madakan thai.
ReplyDeletebestnya makan-makan dekat hotel , dah lama tak makan dekat hotel
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️