Happy Birthday Abang

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie genap umur Abang 16 tahun, anak teruna Kak Sue yang nombor dua. Abang lahir pada 02.02.2002, cantik kan tarikh lahir dan tahunnya. Kalau tak silap Kak Sue Abang lahir pada malam minggu, sakit pun tak lama. Mudah aja urusan semua, cuma masa Abang umur berapa bulan Kak Sue tak ingat sangat, Abang sakit sebab ada gangguan sikit dan ada asma yang tak serius. Sekarang nie, Alhamdullilah.. Abang sihat dan cergas, pulih sepenuhnya dari asma. Happy Birthday Abang, Ibu harap tahun nie membawa lebih rahmat dan kehidupan yang lebih baik untuk Abang dan kita sekeluarga ya nak. Sempena birthday Abang nie Ibu, Abah, Kakak dan Adik plan nak buat kejutan kat Abang.. tunggu tau!

Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang

Birthday Abang Yang Ke 16 Tahun

Sebelum nie macam Kak Sue pernah kongsikan cerita sedih kat sini pasal Abang kan, tapi kali nie kami plan birthday Abang yang ke 16 tahun nie biar Abang ingat sampai bila-bila. Awal-awal kami dah bincang nak beli hadiah apa, nak makan kat mana, sambutan macam mana. Bukan lah nak buat gah bagai, cuma nak Abang tahu kami ingat tarikh birthday Abang dan kami peduli. Untuk kejutan pertama dah selesai dah kami buat malam tadi..

Kejutan pertama, tepat jam 12 malam tadi kami sekeluarga nyanyi lagu happy birthday sambil bawa hadiah masuk bilik Abang. Ala-ala mat salleh gitu, habis lah kena kecam nanti.. hahaha! Masa tu Abang dah mamai-mamai kut nak tidur. Nampak Abang terkejut dan terharu, terus bangun duduk. Semua ambik giliran nak peluk dan ucap happy birthday kat Abang. Lepas tu kami buat big hug satu keluarga tanda kasih sayang tak berbelah bagi, chewah! Sebak Kak Sue masa tu, ya lah terimbau cerita sedih yang lepas kan. Bila nampak Abang suka dan seronok dengan hadiah yang kami pilih tu, lega dan seronok juga hati Ibu..

Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang - Buah hati Ibu
Kejutan seterusnya adalah esok, sebab hari nie semua masih bersekolah, tapi plan macam lari sikit sebab tempat Kak Sue nak bawa kami sekeluarga makan tu dah penuh pulak dah. Jadi nak kena tukar plan last minit lah nie. Ada juga kawan blogger cadang pergi satu tempat nie, nanti nak usha. Gigih Ibu nak tebus kekesalan kan, pada hal dah lepas berapa kali birthday dah sejak cerita sedih tu. Setiap tahun nak buat yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga. Nama pun Ibu, sampai Adik pernah cakap.. Ibu jangan lah jadi Ibu paranoid, Ibu jadilah Ibu Dettol.. hahaha!

Harap dapat lah buat apa yang kami dah rancang untuk Abang kali nie. Kadang kalau birthday Abang makan-makan kat rumah aja, kali nie nak tukar sikit dengan something special. Apapun, Ibu nak ucapkan sekali lagi Happy Birthday untuk Abang, semoga Abang sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, diberi kesihatan dan akhlak yang baik, cemerlang dan dipermudahkan semua urusan Abang dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb..  Ibu love you so much..



Post a Comment

10 Comments

  1. Amin...amin...amin....alhamdulillah..selamat ulangtahun kelahiran abang...moga sentiasa menjadi anak yang taat pada Allah SWT..agama dan ibu bapa ya..

    ReplyDelete
  2. happy birthday abang..muka sama ngan husband kaksue

    ReplyDelete
  3. Sanah helwah abang.semoga berjaya didunia dan akhirat. Wah seronok ye abg dpt kejutan birthday suprise tu. Nanti nk g makan pula ye. Bestnya.

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Abg, sebaya anak kita Kak Sue

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir Abg

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday Abang... 02.02.02.. memang cantik tarikh ni.. macam LeYa jugak, 8.7.87... hehehe... Ye betul tuh.. Ibu akan sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anaknya

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday abang. semoga yg baik2 saja buat abang.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah walau aunty SA lambat ucapkan birthday x kira nak ucap jugak..happy belated birthday abg...jadi anak yg baik ye...

    ReplyDelete
  9. macam nak tau je apa kisah sedih tu.. busy body ek.. haha.. apapun happy birthday buat abang tau semoga jadi anak yang soleh dan berbakti pada orang tua nanti.. amin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️