Assalamualaikum, hai semua! Macam yang Kak Sue sembang dengan korang kat sini sebelum nie, hari nie lah kejutan terakhir untuk harijadi Abang kali nie. Kami plan kejutan sambutan hari jadi Abang di Washout Laundry & Cafe. Tempat nie dicadang kan oleh blogger Ana Suhana, sebab Ana pernah datang makan kat sini. Lagi pun tak jauh dari rumah Kak Sue sangat. Alhamdullilah, nasib masih ada kekosongan untuk tempahan kami lima beranak untuk sambutan hari jadi Abang di Washout Laundry & Cafe nie. Lega sikit hati Ibu, risau takut plan tak jadi juga kali nie.. huhuhu..
|
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe |
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe
Kami bertolak dari rumah selepas Isyak, tapi agak lewat juga sampai sebab tersekat jem kat Batu Cave dalam setengah jam juga lah. Nasib bila sampai ja kat situ sedang elok ada parking kosong untuk kami, Alhamdullilah. Dari pintu masuk sampai ke dalam cafe meja semua penuh dan ada beberapa meja yang di 'reserve' termasuk lah meja yang Kak Sue tempah untuk sambutan harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe nie..
|
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe |
Meja untuk kami sekeluarga sebelah tepi, sambil jamu mata suasana dalam cafe nie Kak Sue tunggu staff kat situ datang hantar menu. Nampak sibuk betul mereka hari nie, tapi masih memberi layanan yang baik. Suasana cafe memang menarik, kemas dan bersih. Gaya hipster gitu, memang suka sangat. Malam nie macam ramai pula yang datang buat sambutan harijadi juga. Meriah betul..
|
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe |
Dapat aja menu terus kami order, lepas tu Kak Sue dan Abang Man ke kaunter nak request untuk buat kejutan kat Abang nanti. Teruja pula nak tengok macam mana kejutan yang akan dibuat nanti. Staff kat kaunter ada tanya kami ada bawa kek tak, kami cakap memang tak ada. Yang ada cuma jambangan bunga dan coklat. Gigih Ibu dan Kakak buat petang tadi. Abang Man cadangkan Monster Burger ja sebagai ganti kek harijadi untuk Abang. Plan dah lari kan, jadi buat apa yang ada ja..
|
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe |
Sebelum makanan yang kami order sampai, tetiba staff tutup lampu. Kak Sue tak ada la terkejut sangat sebab dah tau dan dah buat permintaan tadi kat kaunter. Staff dari cafe nie datang dengan Monster Burger sambil ramai-ramai nyanyikan happy birthday untuk Abang. Pelanggan yang ada kat meja lain pun ikut sama nyanyi dan tepuk tangan, sporting sangat! Abang apa lagi, terkebil-kebil terkejut kut tetiba orang datang bawa burger n hadiah bunga dan coklat. Abang tahu kami datang nak makan-makan sempena harijadi Abang, tapi tak tau ada kejutan macam nie. Okay lah, jom kita tengok apa yang kami order kat sini kali nie..
|
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe |
Air Minuman - RM3.80 / RM4.90 / RM2.00
|
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe |
Monster Plater - RM59.90
|
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe |
Monster Burger - RM14.90
|
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe |
Kak Sue nak ucapkan terima kasih buat blogger Ana Suhana yang cadangkan datang sambut birthday kat sini. Puashati sangat.. dan pastinya Kak Sue sekeluraga akan datang lagi. Makanan sedap, harga pun sangat berpatutan. Kak Sue suka black pepper sos kat sini, memang sedap dan pekat. Siap minta tambah lagi tau. Layanan pun bagus, memang salah satu tempat pilihan untuk makan-makan Kak Sue sekeluarga lain kali. Korang yang berminat nak cuba datang sini macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya.. Selamat mencuba dan mnjamu selera nanti korang, papai!
|
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe |
|
Sambutan Harijadi Abang di Washout Laundry & Cafe |
Washout Laundry & Cafe
Alamat
Jalan Utara Prima Samudera,
Taman Samudera,
68100 Batu Cave
Selangor
No Tel
011-6160 1607 / 019-4553522
Instagram
10 Comments
kak sueee...liez pun celebrated bday husband liez dkt washout cafe kelmarin
ReplyDeleteMkn platter byk2 tu teringat kt satu restoran area rmah mak..hehe tak dan update blog lg.
ReplyDeleteBtw..happy birthday abang
Dapat bayangkan muka anak akak terkejut tih..mesti dia malu malu..hehehe
ReplyDeleteWahh meriahnya.. cantik dan sesuai tempat tu utk meraikan bersama keluarga. Happy birthday abang! :)
ReplyDeleteCantiknyaa. Makanan nampak menyelerakan :p
ReplyDeletebr bc ana dtg mkn sini..ni kaksue plak..sure abg terkejut dpt surprise tu
ReplyDeleteWahhh....menarik laa cafe ni.. Nanti kalau ke sana nanti boleh lah leya dan otomen try
ReplyDeletewah bestlah abang ya dapat kejutan dari ibu & abah.makanan tu nampak sedap, yum2.
ReplyDeleteSeronok abg kan...happy belated birthday..jadi anak yang berguna utk ibu dan ayah...jangan sesekali lupakan kasih sayang ibu bapa kita..ok?
ReplyDeletebestnya baca kak.. kami lama teringin nak buat mcm ni tp tak kesampaian lagi..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️