Tips Berniaga Air Balang

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang tips berniaga air balang. Jangan tak tau, niaga air nie tak guna banyak modal pun, tapi untung boleh tahan juga tau. Cuma kita kena pandai nak buat 'persembahan' kat gerai kita tu supaya menarik perhatian pelanggan. Baru lah pelanggan datang singgah kan. Okay jom kita tengok secara ringkas beberapa tips berniaga air balang jom..

Tips Berniaga Air Balang
Tips Berniaga Air Balang

Tips Berniaga Air Balang

Kak Sue kongsikan dengan korang secara ringkas antara tips berniaga air balang nie ya. Yang paling penting kena rajin dan tak malu. Kadang orang sekarang nie malu nak berniaga, ya lah lebih suka bekerja dalam suasana yan selesa kan. Berniaga nie biasa lah berpanas dan berujan. Kalau rajin dan betul usaha pendapatan niaga air balang nie lebih lumayan dari yang berpendapatan tetap tau.. Jom kita tengok apa yang perlu kita sediakan untuk permulaan niaga air balang jom..

Balang Air
Buat permulaan korang boleh ja beli balang yang muat satu beg ais batu dulu. Korang tanya ja kat peniaga yang menjual di kedai-kedai jual balang tu nak macam mana. Kak Sue bab size balang nie belum belajar lagi, ehehe.. Kalau dah ada rezeki lebih sikit nanti korang boleh tempah balang sebab balang tempah nie lebih tahan lasak..

Kaki Meja dan Papan Meja
Yang nie pun korang boleh beli kat kedai yang sama. Cuma kaki meja sekarang dah tak sama macam kaki meja dedulu. Mudah patah kalau tak dapat tampung berat balang air, sebaiknya kalau ada modal silalah tempah juga.

Lapik Meja
Haa.. lapik meja pun main peranan juga tau. Kena pilih nampak menarik dan kemas. Kalau ada rezeki lebih boleh juga nak tempah lapik meja dan boleh letak nama gerai korang. Kadang tengok lapik meja tak menarik, kotor dan comot pun buat orang tak nak singgah tau..

Khemah Niaga
Pun sama boleh ja beli kat kedai yang sama, size 10×10 boleh, 10×15 pun boleh. Sebaiknya beli yang warna biru sebab warna merah tu bahang bila cuaca panas. Untuk niaga air lebih sesuai guna khemah yang berbumbung biru tu..

Bahan-bahan Mentah
Bahan-bahan mentah nie macam air gula, bahan untuk buat air yang kita nak jual. Contohnya kalau nak jual air buah kena lah beli buah kan. Kalau nak jual cendol kena lah cari cendol. Kena cari kat mana nak dapat stok yang sentiasa ada dan paling murah. Tu semua kena ambil kira tau, sebab kalau kehabisan stok tetiba macam mana kita nak berniaga dan harga tu pun kita nak kena banding-bandingkan juga.

Haa.. kali nie Kak Sue kongsikan tips nie dulu secara ringkas, nanti Kak Sue kongsikan lagi tips niaga yang lain ya. Kak Sue pun sebenarnya masih banyak lagi nak belajar tips berniaga nie. Kita berniaga nie kena banyak bersabar, rajin usaha dan jangan malu, InsyaAllah rezeki tu akan datang pelan-pelan. Lagi pun berrniaga kan sunnah.. Semoga bermanfaat untuk semua ya.

Pada korang yang berminat nak berniaga air Kelapa Laut Man Java boleh whatapps laju-laju 012 5854998 atau 012 5844736 ya. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki, rezeki sama dikongsi, papai!

Baca juga di sini Kelapa Laut MAN JAVA Produk Keluaran Kami


Post a Comment

24 Comments

  1. yes
    kena gaya sebulan boleh dapat belas ribu or puluh ribu untung :)

    ReplyDelete
  2. meariah tgk balang air mcm2 jenis air tu...nk2 kalo tgh cuaca panas ni..mmg dahaga je la

    ReplyDelete
  3. betul, khemah yang biru tu tak panas sangat. Nak setup pun senang

    ReplyDelete
  4. nampak senang, nampak untung besar. kalau tak kena gaya mesti tak okay jugak kan. thanks kak sue kongsi tips

    ReplyDelete
  5. Air balang yang pelbagai jenis...warna warni di tambah keramahan peniaganya..fuhh itu memikat hati pelanggan..

    ReplyDelete
  6. tq atas perkongsian ni yer kak..mane tau nnt tetiba nak isi masa terluang dengan jual air..hehehe

    ReplyDelete
  7. Mata SA tertumpu kat Air Kelapa Laut Afrika ngan Kedondong tu aje kak..hehehehee...fav..akak air durian belanda takde ke

    ReplyDelete
  8. terbaekk.. macam teringin jugak nak niaga air balang2 meriah nii

    ReplyDelete
  9. yang penting kemas.. mesti orang datang. dan senyumlaaaa sambut pelanggan. mesti air jadi lagi sedap hihi..

    ReplyDelete
  10. semoga ilmu yg bagus ni mendatangkan rezeki berlipat ganda pada kak sue dan abg man

    ReplyDelete
  11. presentation gerai air k.sue menarik & kemas..Kalau saya, mmg suka pilih gerai yang macam ni...

    ReplyDelete
  12. terbaik la akak.. saya simpan kemas-kemas tau tips ni.. nak tunjuk kat shah nanti.. tq tau kak

    ReplyDelete
  13. Untung berniaga air ni, tapi tu lah..kalau sis berniaga siapa pulak nak jaga...anak2 semua dah besar dan dah kerja sendiri

    ReplyDelete
  14. Banyak nak kena siapkan ye kak. Sama mcm ana join car boot dulu. Dr meja sampai ke stok semua kena jaga.

    ReplyDelete
  15. Meja tu akak guna hat lioat tuh ke kak.yg kakinha besi boleh lipat tuh.sbb dlu tlg pakcik jual.air jugak.meja tuh dia guna

    ReplyDelete
  16. Wah bagus tips ni kak su. Teringin nak try berniaga air balang lah puasa ni

    ReplyDelete
  17. tq k.sue sharing .. pernah terlintas gak nak berniaga gini..tunggu anak-anak besar ckit...huhuhu

    ReplyDelete
  18. dah lama ha tak dapat kelapa laut..alahai mana nak cari

    ReplyDelete
  19. TErbaiklah tips kak sue. Tapi memang betullah. Kalau KekZa nak pergi beli kat mana2 gerai mesti KekZa tengok presentation gerai tu dulu. Kalau meriah, kreatif, gerai tu lah KekZa singgah dulu. Hehe..

    ReplyDelete
  20. Dulu pernah berniaga jap masa bulan puasa. Tips menarik ni. Kalau pandai modal rendah sahaja untuk berniaga. tapi teknik berniaga kena tahu kan.

    ReplyDelete
  21. boleh dah berniaga air ni lepas ni. haha. ya allah. terus teringin nak minum air kelapa laut mcm ni

    ReplyDelete
  22. Thanks for the tips kak sue. Nampak kemas jer gerai tu. Untung jugak meniaga air ni kan. Especially bulan puasa. Tak pernah minum lagi air kelapa laut tu.

    ReplyDelete
  23. tips yang ohsem kak.. Terima aksih untuk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  24. tips yang baik ..terima kasih brkongsi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️