Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue cuti masak lagi, sebab planning nak Tapau Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Nak keluar awal sebenarnya tapi tengok Abang Man ada hal pula jadi terlewat sikit kami tapau makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam.
Awalnya Kak Sue plan nak makan kat sana hujung minggu lepas, tapi Abang Man pula ada job luar. Terpaksa tunda, tengok tarikh voucher pun dah dekat sangat nak tamat tempoh. Memikir juga nak tapau makan apa di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Biasanya kalau tapau, Kak Sue beli kek aja, atau tak habis makan akan tapau bawa balik. Sayang, makanan banyak lagi yang tinggal, membazir pula kan..
Selalunya kalau nak jalan-jalan cari makan mesti nak anak-anak semua ada. Kena tunggu Adik pun ada sama, hujung minggu baru boleh nak makan-makan bersama keluarga. Sebabkan dah nak tamat tarikh voucher Kak Sue ingat nak tapau kek lagi kali nie. Bila tanya kat kaunter boleh tak tapau makanan lain selain kek, rupanya boleh..
![]() |
Tapau Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam - Pizza Delight |
![]() |
Tapau Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam - Set Salmon |
![]() |
Tapau Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam - Royale Boneless Chicken |
Cuma untuk tapau makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam nie, samada kek atau menu ala carte sahaja. Nasib la ada staff yang sangat membantu. Beliau cadangkan Kak Sue order pizza, set salmon dan 2 set Royale Boneless Chicken. Yang Pizza Kak Sue lupa namanya dengan set salmon tu cuma yang ayam tu nampak kat web kan promosi. Lupa pula nak ambik bil tadi. Nak cepat punya pasal..
Korang kalau yang nak tapau makan di Hotel Grand Bluewave nie boleh pilih menu ala carte. Tak kisah western atau local food. Terima kasih Hotel Grand Bluewave Shah Alam, plan nak datang makan-makan kat sini lagi nanti. Jumpa lagi di entri makan-makan yang lain, papai!
Baca juga Kek Harijadi Dari Hotel Grand Bluewave Shah Alam
10 Comments
Oh boleh rupanya. Selalu tapau kek jew
ReplyDeletenak tengok set salmon tu Kak Su.. Sedap tak ?..
ReplyDeletewahhhh
ReplyDeleteseronoknya boleh tapau :)
Sedapnya kak...meleleh air liur tgk
ReplyDeleteOoo...bestnye boleh tapau... Mesti seronok dapat tapau makan banyak2 dan makan dengan selesa di rumah bersama keluarga..hehe..
ReplyDeletepergh...sekali tapau lauk hotel.hehehe
ReplyDeleteBagus lah kak. Tak membazir kan. Nak try set ala carte pula lah lepas ni.
ReplyDeletebest and nice packaging tapau tu.hehe
ReplyDeletelps ni bole la tapau kalo tk sempat mkn kn
ReplyDeleteBestnya tapau makanan hotel. Setakat ni tak pernah tapau lagi
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️