PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang tentang PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018. Kempen nie yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1Julai hingga 31 Oktober 2018 dan merupakan tahun ketiga kempen nie dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum nie..

PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018

Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018

Majlis Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018 nie telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Tuan Haji Shukri Yusoff. Menurut pesanan beliau kewajipan berzakat itu adalah sesuatu yang dituntut oleh Allah SWT kepada kita sebagai hambaNya. Hanya 2.5% sahaja yang Allah perintahkan untuk sama-sama kita berkongsi rezeki yang Allah amanahkan kepada kita dengan orang lain. Kita perlu sentiasa ingat, setiap rezeki yang Allah limpahkan kepada kita, bukanlah milik kita 100%, 2.5% adalah merupakan hak asnaf sepertimana yang tertakluk di dalam kalam suci Al-Quran..

Untuk info korang, Skim Thohir nie merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk mengalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji. Melalui Skim Thohir nie juga, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa. Senangkan ada skim macam nie, berkat rezeki kita sekaligus dapat membantu ekonomi lebih ramai asnaf

PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
Lebih menarik tentang Skim Thohir nie, 10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Service Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen nie dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir. Semua pemenang kempen akan diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November nanti..

Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Mara (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini. Sempena kempen ini juga PPZ-MAIWP akan menganjurankan aktiviti turun padang ke beberap syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim dan menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi yang dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
Korang yang bekerja dengan syarikat swasta atau kerajaan yang nak sertai kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018 nie boleh baca yang Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya..

Syarat dan Cara Penyertaan Kempen

Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan :
• Portal PPZ- MAIWP, www.zakat.com.my
• Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
• Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
• Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Syarat-syarat penyertaan kempen :
Membuat potongan gaji zakat atau penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui :
• 11 Kaunter PPZ-MAIWP
• Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
• Kaunter Bergerak PPZ-MAIWP
• Majikan di syarikat atau organisasi
• Talian Zakat - 1-300-88-5757

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat mengembalikan hak asnaf dalam harta kita agar memperolehi berkat disisi Allah S.W.T

Untuk lebih detail info korang boleh singgah kat bawah nie ya..

PPZ - MAIWP

Website

Facebook

Instagram

Post a Comment

10 Comments

  1. Senang boleh potong melalui gaji

    ReplyDelete
  2. Memang mudah kan sekarang ni.. Boleh dibuat melalui potongan gaji..

    ReplyDelete
  3. Bagus Event PPZ ni.. Alhamdulillah Bonde dah laksanakan melalui potongan gaji 4 tahun sudah rasanya.. tak payah pikir lagi nak buat potongan gaji setiap bulan.

    ReplyDelete
  4. thk u sharing sis.. sekarang senang aje...potong gaji ..siap!

    ReplyDelete
  5. Ana setuju buat potongan gaji atau bulanan. Tak terasa pun kan.

    ReplyDelete
  6. Bagus ada skim potongan gaji macam nih kak sue. Lg mudah

    ReplyDelete
  7. Memudahkn dengan adanya skim potongan gaji macam ni ha.

    ReplyDelete
  8. aida & asben x buat potong gaji, shu.
    kami more to byr cash.
    tiap bulan ketepikan ke dlm akaun khas.
    akhir thn dlm november gitu, kami langsai kan.

    ReplyDelete
  9. bukan nyer apa, tak nak potongan byk sgt di slip gaji.
    cukup la sekadar rumah & loan peribadi.
    lagipun, zakat ni kan tak fix amaun nyer.
    so, tu yg x prefer potong gaji, meskipun ia sememangnya lebih senang :)

    ReplyDelete
  10. Cara yang mudah untuk membayar zakat.. Bagus juga..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️