Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsikan dengan korang PPZ-MAIWP Lancarkan Zakat2U Versi 4.0. Pelancaran Kempen Zakat2U Versi 4.0 nie sebenarnya bagi memudahkan kita semua buat pembayaran zakat secara online tau. Tak payah dah susah-susah dah kan, senang kerja kita..
Selain dari itu laman website Zakat2U Versi 4.0 nie dah dikemas kini dan memperkenal lebih banyak fungsi dan dapat memberi perkhidmatan pembayaran zakat dengan lebih sistematik. Jom kita tengok antara fungsi yang ada dalam Zakat2U Versi 4.0 nie ya korang..
PPZ-MAIWP Lancarkan Zakat2U Versi 4.0 |
PPZ-MAIWP Lancarkan Zakat2U Versi 4.0
Pelancaran Kempen Zakat2U Versi 4.0 nie memberi banyak kelebihan kepada pengguna selaras dengan perubahan teknologi pada masa sekarang nie. Dengan kemudahan nie semua urusan pembayaran zakat boleh kita buat melalui talian dengan mudah dan cepatPPZ-MAIWP Lancarkan Zakat2U Versi 4.0 |
1. Pengiraan kalkulator zakat secara otomatik yang lebih ringkas
2. Melakukan beberapa jenis pembayaran zakat dalam satu masa dengan menggunakan Troli Zakat
3. Penggunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya
4. Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat
5. Integrasi pembayaran zakat melalui chatbox FB Messengger
Haa.. menarik dan senang ja kan dengan Zakat2U Versi 4.0 nie kan. Dah tak ada alasan untuk kita semua bagi yang layak untuk bayar zakat. Semua kat hujung jari ja sekarang nie..
Majlis pelancaran nie telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. PPZ-MAIWP akan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada umum di Wilayah Persekutuan agar tiada halangan lagi untuk kita semua menunaikan zakat bagi membantu mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.
PPZ-MAIWP Lancarkan Zakat2U Versi 4.0 |
Untuk lebih detail korang boleh singgah kat sini ya www.zakat2u.com.my juga boleh hubungi talian zakat di 1-300-88-5757
"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"
13 Comments
Alhamdulillah..mudahkansekarang...cuma terpulang nak tunai atau tidak sahaja.
ReplyDeleteJom bayar zakat..semua di hujhujung jari je..
ReplyDeletePPZ ni macam2 aktiviti..bgus untuk sedarkan rakyat
ReplyDeletesekarang semua dah mudah. hujung jari je.. :)
ReplyDeleteBagusnya ppz . Tapi org ingat ppz kutip tak agih, agihan kene rujuk baitulmal tau korang
ReplyDeletesemua di hujung jari kan dan yg pasti sangat memudahkan orang ramai
ReplyDeletewah bayar online aje? mudah sekarang kan
ReplyDeleteJemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html
ReplyDeleteSemoga dengan adanya versi 4.0 ini akan memudahkan lagi orang ramai membayar zakat.. Aamiin..
ReplyDeleteAlhamdulillah sekarang lebih mudah kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah bertmbh mudah utk kita melaksanakan kewajipan kita nanti dgn #zakat2u 4.0 ni
ReplyDeletebagusnya bila buat macam ni..tiada kekangan masa da pasni
ReplyDeleteBagus ada sistem macam ni. Mudahkan orang ramai bayar zakat secara online
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️