Assalamualaikum, hai semua. Cuaca panas macam sekarang memang sedap kalau dapat makanan yang sejukkan tekak dan badan kan. Oleh sebab tu lah Kak Sue nak kongsi resepi Puding Milo Oreo dengan korang kali nie. Sedap makan bila baru keluarkan dari peti ais nanti. Bahan senang aja nak cari, nak buat pun senang ja korang. Jom lah Kak Sue kongsikan kat bawah nie resepi Puding Milo Oreo nie dengan korang jom..
Resepi Puding Milo Oreo |
Resepi Puding Milo Oreo
Sebenarnya kan resepi nie Kak Sue dapat dari sepupu Kak Sue yang kami panggil Kak Long. Nampak sedap dan menarik aja bila Kak Long kongsi di Facebook hari tu. Teringin pula nak buat, setakat nie dah dua kali sebenarnya Kak Sue buat Puding Milo Oreo nie dah. Kali nie saja lah nak kongsi lagi pun ada kawan-kawan tanya resepi jadi jom kita tengok bahan yang korang kena siapkan jom..
Puding Milo Oreo
Bahan-bahan :
10 gram agar-agar serbuk
150 gram gula
1 tin susu cair
1 peket kecil milo
750ml air
Cara-cara :
Panaskan air, kemudian masukkan agar-agar serbuk
Kacau sehingga larut
Kemudian masukkan gula, kacau sehingga larut juga
Masukkan pula susu cair, kacau sehingga mendidih
Kemudian bila bancuhan tadi dah masak, bahagikan kepada dua bahagian
Masukkan milo dalam satu bahagian kacau sehingga larut
Kalau milo tak larut boleh lah kacau kat atas api tau
Kemudian tuang separuh bahagian ke dalam acuan
Tunggu sehingga agar-agar sedikit keras, kemudian tuang bahagian putih pula di atas
Patahkan orea ikut size yang sesuai kemudian masukkan dalam larutan tadi
Pastikan oreo tadi tenggelam
Akhir sekali tuang bancuhan lebihan milo tadi untuk layer yang terakhir
Ratakan supaya kemas dan cantik
Kemudian boleh lah masukkan dalam peti sejuk dalam sejam
Sedia dah untuk dihidangkan
13 Comments
sdapnya..:)
ReplyDeleteJenis-jenis dessert ni PC jadi berbunga hati Kak Sue..suka.
ReplyDeletesedapnya kak..lama saya tak buat puding
ReplyDeletesedapnya panas-panas nie dapat puding milo..
ReplyDeletealahai di musim panas dapat makan puding milo ni sedap sgt.. nak try la nanti
ReplyDeletenanti buat lah cuti sekolah untuk anak2
ReplyDeleteSedapnya kak. Fav ana ni. Masa cuaca panas ni mmg sedap.
ReplyDeleteWahhh... Sedapnye kan.. Terliur tengok
ReplyDeletewahh sedapnya :)
ReplyDeletemesti sedap sgt ni
ReplyDeletesedapnya nampak. ni time panas2 makan agar2 sejuk ni sedap =D
ReplyDeletenak buat jugak nnti.. bahan x beli lagi..
ReplyDeleteNak buat jugak nnti.. kene beli bahan dulu..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️